“Dah sama tinggi dgn mak sedaranya”- Netizen

Dato Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra di sapa sebagai Tokti merupakan seorang penyanyi dan usahawan terkenal di Malaysia. Bakat Tokti di kesan sejak usia 17 tahun apabila beliau menjuarai pertandingan Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Jerat Percintaan. Selain daripada beliau, antara ahli keluarga Tokti yang lain yang turut terlibat dalam bidang seni adalah kakak dan adik perempuannya.

Kakak Tokti iaitu Siti Saida pernah menyertai rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia musim ke 6 dan adik perempuan Tokti pula iaitu Siti Sairah pula pernah menghasilkan beberapa lagu β€˜single’.

Baru- baru ini Siti Saida dan Siti Sairah juga menyertai pertandingan nyanyian Famili Duo. Bakat nyanyian yang di miliki oleh mereka juga kini di warisi oleh anak masing- masing.

Video terbaru yang di kongsikan di Instagram Siti Sairah menunjukkan anak perempuan sulungnya iaitu Umairah atau nama panggilan manjanya Umai sedang melakukan persediaan sebelum membuat persembahan.

Turut muncul membuat persembahan di tempat yang sama ialah ibu saudara Umai sendiri iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza. Umai tidak melepaskan peluang mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar kenangan sebelum membuat persembahan bersama ibu saudaranya itu.

Umai merupakan anak saudara kesayangan Tokti. Wajah Umai kembali ceria dan terharu apabila Tokti memeluk dan memberikan kata- kata semangat buat dirinya yang mungkin sedang gementar.

Ketika Tokti bergambar bersama anak saudaranya itu, Umai di lihat hampir sama tinggi dengan ibu saudara kesayangannya. Pejam celik, cepat sungguh masa berlalu. Ternyata Umai sudahpun meningkat ke usia remaja. Penampilan Umai juga kelihatan berbeza apabila menyarung baju beropol berwarna hijau muda.

Perkongsian oleh Siti Sairah itu telah meraih perhatian warganet. Rata- rata tidak menyangka melihat Umai kini sudahpun meningkat remaja dan menjadi anak d4ra.

Kini Umai sudahpun berusia 12 tahun. Masih jauh perjalanan kerjaya seni Umai. Bak kata pepatah, kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Apatah lagi wajah Umai saling tidak tumpah seperti raut wajah ibunya sendiri.

Dah macam kembar. Netizen juga memuji raut wajah serta penampilan Umai yang semakin cantik. Di ruangan kapsyen, ibunya Sairah turut meluahkan rasa syukur di atas pencapaian Umai sekarang. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Sejak kecil, Umai sering menyertai pertandingan nyanyian kerana memiliki minat yang mendalam dalam bidang nyanyian. Buat yang tidak tahu, Umai merupakan salah seorang perserta dalam Family Duo dan Ceria Megaministar.

Sudah pasti Umai mewarisi d4rah seni yang mengalir dari ibunya. Semoga satu hari nanti nama Umai juga bakal bersinar seperti ibu saudaranya Tokti yang merupakan penyanyi tersohor dalam Malaysia

Sumber: ig sitinursairahtaruddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!