“Dah macam Shah Rukh Khan dan Kajol ” – Majlis malam berinai Ardell dan Nadzmi tarik perhatian ntizen

Kisah cinta Ardell dan Nadzmi menarik perhatian peminatnya dan netizen, cinta berputik dari kawan baik menjadi paasangan suami isteri paling sweet. Seperti yang kita sedia maklum, mereka berkawan rapat dan selalu nampak bersama. Hari ini tular tentang video Ardell kelihatan menggigil ketika kali pertama bersentuhan dengan suaminya. Di majlis malam berinai Ardell kelihatan sudah tidak kekok bermesra dengan suaminya Nadzmi, mereka kelihatan sangat serasi dan sweet bersama. Ardell dan Nadzmi mengayakan busana tema bollywood tampak sangat cantik dan tampan.

Ardell bergurau dengan Nadzmi dengan calit kek di hidung nampak sweet habis.

Ramai juga hadirin yang hadir mengusik pasaangan ini. Mereka kelihatan sudah tidak kekok sebagai pasaangan suami isteri seperti sebelum ini.

Sebelum itu, selepas lapan tahun berkenalan, pelakon Nadzmi Adhwa selamat bernikah dengan pasaangannya yang juga pelakon, Ardell Aryana pada jam 5.31 petang hari ini di kediaman Ardell di Seri Kembangan, Selangor.

Pasaangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Msjid al-Muttaqin, Ustaz Mohd Hafiza Hafiz Baharuddin dengan sekali laafaz.

Mula rapat selepas bertemu dalam drama bersiri Namaku Bdah pada 2015, Nadzmi menyerahkan dua dulang hantaran dan senaskhah al-Quran dibalas dua oleh Ardell.

Cantik dalam persalinan berona putih, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin menerima mas kahwin RM300.

Majlis turut dihadiri kira-kira 500 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, sanak-saudara dan teman rapat pasaangan pengantin.

“Alhamdulillah saya bersyukur segala yang dirancang berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan hanya dalam tempoh dua bulan saja.

“Selama ini ramai yang mendoakan jodoh kami dan doa mereka dimakbulkan. Saya juga tidak menyangka jodoh kami kuat sehingga masing-masing bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan,” kata Ardell.

Ardell juga dilihat menangis terharu saat mendengar ucapan daripada ibu tercinta, Sambian Din pada majlis pernikahannya.

Pasaangan berkenaan tidak mengadakan majlis pertunangan, tetapi hanya majlis khatam al-Quran yang dianjurkan oleh keluarga Nadzmi pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Nadzmi menyifatkan Ardell adalah anugerah dan insan yang sangat istimewa pada dirinya.

“Pada saya, dia insan terbaik pernah saya kenal dan dia adalah wanita yang kuat serta sangat luar biasa,” katanya.

Dalam pada itu, pasaangan berkenaan belum merancang destinasi bulan madu dan majlis resepsi juga belum ditetapkan tarikh.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*