“Dah macam cite Tamil dah” – Netizen

Aktres cantik Zainurul Razia atau dengan nama glamournya Zara Zya ini memang sudah terkenal dengan lakonannya yang sering bersahaja dan lucu. Mula dikenali ramai sejak menjadi watak utama dalam drama TV3 Love You Mr Arrgnt, bakat besar Zara Zya kini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sahaja hebat dalam lakonan dan pengacaraan, pasti ramai yang masih belum tahu bahawa Zara Zya juga berbakat besar dalam nyanyian.

Walaupun dia kini sedang sibuk menunaikan umrah di kota suci Mekah, tetapi tanggungjawab dan komitmen sebagai seorang pelakon tetap tidak dilupakan. Zara Zya masih mempromosikan telemovie terbarunya yang bertajuk Mache Fusion yang bakal disiarkan di Awesome Tv tak lama lagi.

Gandingan hebat Zara Zya dan Izzue Islam sebagai watak utama dalam telemovie tersebut pasti mendapat sambutan yang hebat dari para penonton. Lebih-lebih lagi apabila telemovie tersebut juga berkisarkan komedi yang mampu menghibur para penonton.

Bukan sahaja Zara Zya dan Izzue Islam, Mache Fusion ini turut dibintangi oleh nama besar lain sebagai watak sampingan antaranya Dynas Mokhtar, Bell Ngasri dan ramai lagi.

Cuplikan video yang diambil dari drama tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila dimuatnaik di laman Instagram milik Zara Zya. Memang lucu dan tak kering gusi melihat gelagat dari Zara dan Izzue Islam apabila ikan yang dibawa oleh Zara itu boleh terbang dari dalam plastik yang dibawa.

Ruangan komen video tersebut telah diserbu ramai yang mengatakan bahawa plot lucu dari drama tersebut sangat hebat hingga mampu mengalahkan filem-filem Tamil yang sememangnya terkenal dengan plot yang luar biasa dan tak logik dek akal.

Bukan itu sahaja, para peminat dan netizen juga sudah tidak sabar menunggu tayangan dari telemovie ini yang bakal disiarkan bermula 15 Disember hari ini. Ada juga yang memberikan komen tidak pernah mengikuti filem-filem tempatan sebelum ini, tetapi setelah melihat gelagat lucu dari Zara dan Izzue ini dia juga sudah tidak sabar ingin menonton.

Kejayaan sesebuah drama dan filem itu sudah tentunya terletak di tangan para pelakon khususnya juga direktor bagi menentukan jalan cerita yang menarik. Semoga telemovie Mache Fusion ini mendapat sambutan hangat dari para penonton dan tahniah diucapkan buat barisan pelakon dan kesemua mereka yang menjayakan telemovie ini.

Sumber: Instagram Zara Zya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!