“Dah berusia pun cantik dan sweet je muka Mama Emma” – Netizen

Like mother like daughter, lovely. Antara komen yang diterima di ruangan komen ig Emma. Emma cantik, mamanya juga cantik. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Itu perumpamaan yang memang sesuai untuk dua anak beranak ini. Memang tak makan dek usia, raut wajah mama Emma memang iras Emma. Cantik dan berseri tanpa solekan.

Fatimah Rohani binti Ismail Maembong. Itu nama sebenar Emma Maembong, berdar4h campuran Scotland dan Malaysia, tidak hairanlah si Emma ini berwajah cantik putih berseri.

Nama mamanya Yatimah Zainab manakala Ismail Maembong ayahnya, berketurunan melayu. Emma mempunyai 11 adik beradik dan ada diantara mereka yang sama didalam dunia hiburan, iaitu Chacha Maembong, dan Yaya Maembong.

Antara drama beliau ialah Kimchi Untuk Awak, Cemburu Seorang Perempuan, Hantu Jud1, Warewolf from Bangladesh dan banyak lagi drama beliau yang hebat dengan gandingan yang mantap. Terbaharu, drama berjudul Ipromise, Janji Anaqi di astro ria.

Beliau telah berkahwin dengan pilihan hati, yang mana beliau sebelum ini pernah dikaitkan dengan Zizan Razak dan Kamal Adli. Selepas itu beliau mendirikan rumahtangga bersama Muhammad Shazli Azhar, seorang juruterbang.

https://www.instagram.com/p/CYI43c-B-HY/?utm_medium=copy_link

Mendapat seorang cahaya mata, Ahmad Sharieq Gabriel nama diberi. Anak matanya yang berwarna kelabu mengikut keturunan neneknya. Menarik minat peminat, tidak hairanlah kerana neneknya berketurunan Scotland.

Wajah jelita mama Emma mendapat perhatian, kerana sama muda. Tidak makan dek usia, malah ada yang mengatakan macam kakak dan adik. Pernah memuat naik gambar mamanya semasa muda, tidak jauh beza dengan sekarang. Itu yang dinyatakan oleh peminat.

Berasa syukur dan bila ditanya petuanya. Mama Emma tergelak kecil, tiada rahsia sebaliknya berdrah keturunan yang membuatkan nampak muda. Malah, berkulit putih pula.

Memang semua keturunan Maembong pun cantik-cantik belaka. Galeri Seni Maembong masih dibuka, jika berkesempatan nanti kita singgah ye.

Sumber: ig emma_maembongofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!