“Cukup2 lah memaluukan saya dan menyusahkan image saya di negara ini” – Chef Wan

Bumi mana tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora. Semua yang mendirikan mahligai perkahwinan pastinya mengimpikan sebuah rumah tangga yang dibina berbahagia bersama hingga ke syurga. Begitu juga ibu bapa pastinya mengharapkan kebahagiaan si anak. Pun begitu, seperti orang lain, tidak semua dirancang berlangsung lancar, begitu jua perjalanan dua beranak bergelar selebriti ini.

Diuji dengan gerbang perkahwinan sebelum ini yang berantakan, putusnya ikatan pernikahan, pelakon, Serina Redzuawan turut terkena tempias pada bapanya, Datuk Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail.

Barangkali rengsa dengan apa yang menimpa Serina, lebih-lebih lagi cucu-cucunya yang terbabit, beliau hari ni meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya hingga mengundang sebak ramai netizen, selain ramai yang memberikan sokongan emosi terhadap apa dirasakannya.

Selain hal pencraian Serina, hak penjagaan terhadap kedua-dua anak wanita itu turut disentuh Chef Wan. Beliau berharap apa pun keputusan mahkamah ia perlu diterima, manakala kedua-dua cucunya tidak dipisahkan untuk mengikut hak jagaan masing-masing.

Berusia 63, agak menyentuh hati apabila beliau meluahkan harapan menjelang ‘akhir perjalanannya’ agar mendapat ketenangan dan cukuplah dimaluukan imejnya.

Bagi Chef Wan, beliau telah melakukan yang terbaik dan telah menghabiskan hampir satu juta ringgit wang kerja kerasnya kerana anak perempuannya itu dan bekas pasangannya. Sedangkan orang ramai dikatakan hanya yang tahu menilai, merendahkan dan menyalahkan dirinya sebagai bapa terhadap apa yang berlaku.

Terdahulu, Serina dan bekas suaminya Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 44, mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua anak, Tristan Tareef O’luanaigh, 12 tahun dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 11 tahun.

Menurut laporan media tempatan, selepas dua tahun tinggal berasingan, Serina, 38 tahun, akhirnya sah bercrai talak satu dengan warga Britian itu pada 1 Ogos 2017.

Serina pernah berkongsi di medosnya dengan mencoret bahawa Gavin dengan sengaja memisahkannya dengan anak-anak sehingga jarang dapat berjumpa. Bekas suaminya itu juga didakwanya telah melnggar perintah Mahkamah. Lebih risau bila Gavin ditangkap khalwat tatkala anak-anaknya di rumah ketika tu, katanya.

April lalu, Serina turut berkongsi bahawa beliau telah bernikah dengan Meor Mohammad Aidid yang juga pegawai polis bertugas di Perlis. Apa pun didoakan moga dipermudahkan urusan Chef Wan, Serina dan anak-anaknya.

Sumber : Ig Chef Wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!