“Contoh terbaik buat mak dan ayah yg dah berpisah” – Fasha dan Jejai sambut birthday anak bersama

Kebahagiaan anak-anak akan menjadi satu kepentingan untuk sesatu ibu bapa. Ia termasuklah untuk ibu bapa yang telah berpisah. Kebahagiaan anak-anak itu akan menjadi perkara nombor satu yang akan diutamakan walaupun suami isteri yang tidak sehaluan lagi. Mereka pastinya tidak mahu perpisahan mereka akan menjejaskan kehidupan anak-anak yang masih membesar dan juga tidak mahu mereka mengulangi kesilapan mereka yang lalu.

Begitu yang kita dapat lihat dalam keluarga Fasha Sandha dan bekas suaminya, Jejai. Seperti diketahui, Fasha sudah pun menjumpai teman hidup yang baru iaitu Aidil Aziz selepas berpisah dengan Jejai.

Namun, mereka mengekalkan hubungan baik antara Jejai dan keluarga baru Fasha demi anak-anak mereka. Ini boleh dilihat di laman instagram Fasha Sandha dimana Jejai menghadiri majlis ulang tahun anak mereka Jemyma yang ke 5 tahun.

Diketahui, Fasha menyambut hari jadi anaknya, Jemyma yang ke 5. Majlis tersebut yang bertemakan “unicorn”  kelihatan begitu ceria diraikan bersama keluarga yang dijemput. Dilihat di dalam gambar kongsian Fasha Sandha, Jejai turut menghadiri majlis hari jadi anaknya itu. Pastinya kehadirannya akan membawa senyuman kepada anaknya itu.

Rata-rata netizen sangat menyukai hubungan baik antara Fasha dan Jejai walaupun sudah tidak sehaluan lagi. Ada juga yang mengatakan inilah contoh terbaik buat ibu bapa yang terpisah. Dimana ianya adalah baik untuk Jemyma yang semakin membesar.

Hubungan Fasha dan Jejai sememangnya harus dijadikan contoh bagi ibubapa diluar sana yang telah berpisah. Anak-anak pasti masih memerluukan kasih sayang ibu dan bapa sebenar mereka dan haruslah kita tidak memupuk sifat benci dalam hati anak-anak antara ibu dan bapa.

Sumber : Ig Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh Cite Ohsem. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*