“Comey cantik cerdik, pandai tolong mama cari duit” – Netizen

Meskipun kemelutrumah tangga pelakon jelita Puteri Sarah masih lagi dalam proses mahkamah, namun wanita besi itu tetap meneruskan kehidupan seperti biasa dengan menjalani penggambaran drama serta pelbagai iklan produk. Malahan rezeki pelakon wanita berkenaan kelihatan semakin melimpah ruah apatah lagi dengan sokongan padu daripada keluarga, rakan- rakan serta para peminat beliau.

Rata-ratanya meluahkan rasa sebak dengan situasi rumah tangga dilalui wanita kuat itu yang terus kuat biarpun perkahwinannya sedang bergolak.

Terdahulu, Sy4msul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi pada 6 Januari yang lalu menerusi sebuah hantaran video di intagram peribadinya.

Kenyataan Sy4msul itu begitu mengejutkan memandangkan pernikahan berkenaan juga di lakukan tanpa pengetahuan ibu bapanya sendiri. Susulan daripada pendedahan itu, Puteri Sarah nekad memfailkan permohonan c3rai pada pada 16 Januari lalu setelah 4 tahun memendam rasa.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan k33s bagi permohonan c3rai berkenaan.

Untuk rekod, Sy4msul mendirikan rumah tangga bersama Sarah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seoang anak lelaki Syaikul Islam berusia enam tahun dan turut dikurniakan seorang anak perempuan, Sumayyah yang kini berusia empat tahun.

Sejak membuat kepuutusan nekad untuk memfailkan permohonan c3rai, Sarah kelihatan sangat sibuk dengan aktiviti kerjaya seninya serta mendapat pelbagai tawaran produk untuk menjayakan iklan fotografi.

Tidak ketinggalan anak- anak Sarah juga menerima tawaran untuk menjadi model menggayakan baju- baju koleksi raya sebuah jenama terkenal.

Sarah yang bangga dan terharu dengan momen berkenaan telah berkongsi satu video di Instagram khas buat anak- anaknya buat tatapan para peminat beliau.

Menjengah keruangan komen, netizen memuji wajah cantik Sumayyah ketika bergaya di hadapan kamera. Netizen juga memuji kegigihan anak- anak Sarah yang sudah pandai mencari pendapatan sendiri sejak usia kanak- kanak. Berikut merupakan komen- komen netizen terhadap hantaran video berkenaan.

Netizen juga mendoakan kesejahteraan kehidupan anak beranak berkenaan dan mendoakan agar anak- anak Sarah membesar menjadi seorang anak yang soleh dan solehah serta tidak lupa membalas jasa beliau setelah dewasa kelak.

Ramai yang sebak dengan kisah rumah tangga Puteri Sarah dan kini netizen juga memberikan sokongan buat mereka untuk meneruskan kehidupan setelah Sarah nekad untuk berpisah dengan Sy4msul. Semoga urusan Sarah sekeluarga di permudah.

Sumber: ig syaikulsumayyah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!