“Comelnya, geram tgk kaki dan rambut per4ng dia tu” – Netizen

Bekas pengacara rancangan popular Meletop dan usahawan tersohor Noor Neelofa sering di asak dengan pertanyaan mengenai anak sulung beliau Muhammad Bilal. Meskipun sudah beberapa kali menegaskan mengenai pendirian untuk memohon sedikit waktu sebelum bersedia untuk berkongsi wajah anak sulungnya itu, namun sehingga kini beliau masih lagi menerima persoalan yang sama daripada netizen.

Menjawab pertanyaan yang di ajukan itu, Neelofa menerusi media hari ini berkata beliau hanya memohon sedikit lagi waktu untuk berkongsi wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal meskipun terdapat segelintir pihak yang menjadikan isu peny4kit ‘Ain sebagai bahan gurauan di media sosial.

Muhammad Bilal kini hampir memasuki usia 5 bulan. Menurut Neelofa walaupun alasan yang di berikan beliau untuk mengelak peny4kit ‘Ain di permainkan oleh sesetengah pihak namun sebagai ibu, beliau hanya mahukan yang terbaik untuk permata hatinya itu.

Apa yang lebih penting adalah menjaga kesihatan anaknya dan memastikan Bilal dapat membesar dalam persekitaran yang baik.

Mengulas lanjut mengenai perancangan beliau terhadap anaknya itu, Neelofa berkata beliau juga sepertimana juga ibu yang lain mahu melihat anaknya membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Tambahnya lagi, beliau tidak berniat untuk menyorok anaknya daripada tontonan umum melainkan hanya menunggu waktu yang sesuai supaya anaknya lebih kuat.

Bagaimanapun, Neelofa berterima kasih kepada pihak tertentu termasuk selebriti yang bersetuju dengan tindakannya tidak mendedahkan wajah Bilal meskipun ada yang mengec4m.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram peminat Neelofa, satu video yang memaparkan Neelofa membawa anaknya Bilal bersiar- siar di dalam kereta sorong bayi menarik perhatian netizen. Rambut Bilal yang berwarna per4ng dan kuulitnya yang putih kemerahan juga menjadi sorotan di dalam video berkenaan.

Walaupun video berkenaan di rakamkan daripada sudut atas, namun sedikit paparan perkongsian wajah Bilal di dalam video tersebut sudah cukup menggembirakan hati peminat- peminat Neelofa.

Perkongsian video berkenaan juga telah mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai tindakan Neelofa apabila membawa Bilal bersiar-siar di tempat awam bahawa usahawan berkenaan sebenarnya sudah bersedia untuk mendedahkan wajah Bilal kepada orang ramai.

Menjengah keruangan komen, rata- rata orang ramai mulai merasa teruja dan gembira melihat perkongsian video terbaru di Instagram peminat Neelofa itu.

Berikut dikongsikan pula komen- komen yang di tinggalkan oleh para peminat terhadap rupa paras Bilal.

Tindakan Neelofa membawa Bilal ke tempat umum seolah- olah sudah memberikan bayangan bahawa orang ramai akan dapat melihat wajah Bilal tidak lama lagi.

Sebelum ini, satu video tular yang menunjukkan Neelofa pernah berkongsi wajah Bilal bersama Scha dan Daiyan. Reaksi wajah Scha dan Daiyan yang cukup terkejut melihat wajah Bilal cukup menimbulkan rasa ingin tahu para peminat.

Geram betul nampaknya Scha dengan wajah comel Muhammad Bilal. Apa lagi menerusi video- video sebelum ini Bilal di lihat bersemangat dan mempunyai tangan dan kaki yang berketul. Reaksi wajah Scha dan Daiyan buat para peminat Neelofa makin tak sabar nak tengok wajah Muhammad Bilal.

Sumber: ig lofa.world

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!