“Comel tapi rasa macam seraam” – Netizen

Kanak-kanak sememangnya mempunyai abiliti yang istimewa berbanding dengan orang dewasa. Kadangkala, si kecil mampu melihat sesuatu yang kita tidak boleh nampak. Gaya si kecil ini adakalanya membuatkan ibubapa menjadi bingung dan tidak keruan. Masakan tidak, tiada ribut tiada angin, kadang-kadang si kecil merengek dan menangis bagaikan dicubit. Ada masanya juga, mereka akan duduk termenung seolah-olah sedang memerhatikan ‘sesuatu’.

Namun, itu hanyalah sangkaan kita semata-mata. Boleh jadi juga anak-anak kecil yang berkelakuan seperti ini sebenarnya merindui belaian manja dari ibubapa. Mungkin kita terlalu sibuk dengan kerja hakiki, jadi kuranglah masa si kecil untuk berdamping dan bermanja dengan kita.

Kejadian yang sama turut berlaku kepada pelakon terkenal Hairul Azreen. Kata Hairul, anaknya yang masih berumur 3 tahun itu sangat-sangat merindui dirinya.

“Dari semalam dia bangun cari saya, cari ketiak daddy,” ujar Hairul yang juga merupakan suami kepada pelakon cantik Hanis Zalikha dalam ruangan caption perkongsiannya.

Mungkin disebabkan oleh jadual Hairul yang padat pada waktu siang, jarang dia dapat meluangkan masa bersama-sama dengan 2 orang anaknya. Semasa tidur sahaja masa yang sesuai untuk mereka anak beranak bersama-sama.

Manja sangat Alisa ni dengan ayahnya. Sambil duduk termenung disisi tangga, Alisa sabar menunggu kedatangan ayahnya tanpa menaangis dan merengek.

Namun sebaik sahaja dia mendengar suara ayahnya memanggil lembut dirinya, pantas sahaja Alisa memalingkan badan sambil menayangkan reaksi muka yg seakan-akan mahu menaangis.

Comel je tengok reaksi Alisa mahu memandang ayahnya kan? Rindu sangat Alisa tu. Tapi tak tahu pula apa yang ditenung Alisa sepanjang menanti kedatangan Hairul kan. Sudahlah tempat tu agak gelap dengan cahaya lampu yang samar-samar.

Video perkongsian Hairul ini telah dimuatnaik semenjak 13 jam yang lalu lagi dan setakat ini sudah mendapat sebanyak 331,393 tontonan dan 188 komen daripada para followers akaun Instagramnya.

Rata-rata netizen terpesona dengan kecomelan Alisa ni namun banyak juga yang menyuarakan rasa seram semasa memandang gaya Alisa yang tengah kaku bagaikan merenung sesuatu nun jauh di sudut sana. Ibunya, Hanis Zalikha juga tidak ketinggalan untuk mengungkapkan rasa rindunya terhadap Alisa.

Ragam kanak-kanak yang sedikit pelik tu sudah menjadi perkara normal dalam kehidupan keluarga kan. Mereka kan baru mahu mengenal dunia. Sudah pastilah banyak benda yang mahu dipelajari serta diketahui oleh mereka.

Yang penting anak-anak sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan membesar dengan penuh kasih sayang, itu sudah memadai.

Sumber: Instagram Hairul Azreen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!