“Comel je dia dok terpinga2 abg dengan kakak2 menyanyi2”- Netizen

Kanak-kanak tak lari dari hobi mereka yang suka bermain. Kalau boleh,pagi petang siang malam,nak bermain saja kerjanya. Kadang-kadang, kita yang jadi m4ngsa mereka ajak bermain tu, anak korang selalu tak ajak korang bermain bersama mereka ? Kalau mereka ada adik-beradik yang lain, mungkin kita bukan mangs4 mereka.

Dah nama pun kanak-kanak, memang normal lah dengan perangai mereka yang sebegitu kan ? Tapi, zaman sekarang kanak-kanak mudah terdedah kepada permainan gadjet dan permainan elektronik, kalau zaman kita dulu, kita main permainan tradisional.

Ada dimuat naik vide0 anak-anak kepada Shuib, yang sedang bermain. Yang paling lucu sekali, si kecil tu pun ada sekali tau. Alahai, comel sangat, dah pandai bermain dengan akak dan abang-abang dia tu. Tersengih tengok diorang semua.

Akak dan abang-abang dia siap menyanyi-nyanyi lagu yang viral kini. Tapi, apakan daya, si kecil tu tak faham apa yang berlaku, orang berpusing, dia ikut sama berpusing sana-sini. Alahai, comel tengok gaya dia yang terpinga-pinga taktahu tu.

Dan, yang paling melucukan adalah melihat telatah Ayash yang memakai kasut legend. Iaitu kasut berbunyi. Korang dengar bunyi kasut yang dia pakai tu, jadi teringat akan kenangan waktu kita kecil dulu, melepek-lepek bunyi kasut.

Kasut berbunyi tu, zaman kita-kita dulu sangat legend. Rare nak jumpa kasut sebegitu zaman sekarang ni. Sebabtu, ramai juga netizen yang teruja bila dengar bunyi kasut kelepek Ayash tu, dah lama tak imbau kenangan, tiba-tiba dengar bunyi kasut kelepek Ayash.

Seronok sangat tengok anak-anak kecil ni bermain bersama mereka. Yelah, biasanya kalau anak kecil zaman sekarang, mereka lebih suka dan minat bermain dengan alatan elektronik seperti telefon pintar, game ps dan sebagainya. Betul tak ?

Ibu bapa lebih prefer anak-anak supaya bermain game outdoor dari duduk je tercongok dengan phone. Barulah syok, nanti boleh imbau kembali kenangan mereka, ada yang pergi mandi sungai, tangkap ikan, pergi camping dan banyak lagi.

Telatah si kecil Ayash itu sangat menghiburkan kita semua. Geram sangat tengok telatah si gebu tu. Nanti dah besar, bolehlah bergurau senda dengan adik-beradik yang lain, bila dah faham jenis-jenis permainan yang mereka main tu kan ?

Sumber : Ig Suciuwais

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!