“Cite plg bodo aku tgk, cpt2 la hbs aku nak tgk cte lain plk” – Netizen

Slot Akasia yang ditayangkan di TV3 selama ini telah banyak mengangkat karya-karya yang berkualiti daripada penulis novel, pengarah dan penerbit drama. Kebanyakkan drama-drama yang disiarkan di slot akasia sering mendapat perhatian daripada para netizen dan penggemar drama melayu. Begitu juga dengan drama berhantu sebelum ini yang menjadi kegemaran ramai di Slot Akasia iaitu 7 Hari Mencintaimu.

Drama yang silih berganti ditayangkan itu kerap kali menampilkan muka-muka pelakon baru bagi mencipta kelainan dan memberikan peluang buat mereka menyerlah melalui lakonan mereka yang tersendiri.

Drama yang terkini sedang ditayangkan di slot tersebut adalah drama Bidadari Salju yang dibintangi oleh pelakon kanak-kanak yang telah meningkat dewasa iaitu Sweet Qismina dan Adam Lee. Drama tersebut mula bersiaran di slot akasia pada 15 Disember menggantikan drama Cinta Sekali Lagi.

Drama tersebut mengisahkan watak utamanya Kayra yang dilakonkan oleh Sweet Qismina menjadi mngsa buuli dan selalu dihina kerana tidak memiliki wajah yang cantik.

Hariz watak yang dilakonkan oleh Adam Lee pula pelajar yang selalu mencari fasal dengan Kayra sehingga membuatkan Kayra amat membenci Hariz.

Namun jodoh pertemuan itu aturan Ilahi, Hariz dan Kayra akhirnya ditakdirkan bersama. Drama Bidadari Salju merupakan adaptasi novel hasil tulisan oleh Mia Kiff dan dibawah arahan Reza Badarudin.

Drama Bidadari Salju kini sudah hampir sampai ke penghujung yg mana ketika ini Kayra sudah hiilang kepercayaan pada Hariz. Hariz berusaha untuk memujuk dan menambat hari Kayra semula.

Menerusi perkongsian di Instagram TV3, telah dikongsikan beberapa babak daripada drama berkenaan memaparkan episod terbaru yg telah ditayangkan,

Babak dimana Kayra dan Hariz di dalam sebuah kereta itu menunjukkan Kayra yang dalam kekecewaan meminta supaya Hariz mencraikan dirinya. Hariz yang tidak dapat menerima permintaan Kayra itu bertindak untuk membawa kereta secara laju dan tidak terkawal.

Sebelum ini beberapa babak dalam drama tersebut kerap kali dikritik oleh netizen seperti babak “love bite” di leher Kayra dan juga babak salah seorang pelakon drama itu iaitu Jasmine Suraya yang memegang watak antagonis sebagai Jeanny perlu menggoda Hariz sehingga mereka jatuh di atas katil.

Segelintir penonton berasa kurang senang dengan beberapa babak di dalam drama itu kerana berpendapat babak sedemikian tidak sesuai untuk tontonan umum.

Komen yang ditinggalkan oleh penonton menyifatkan babak sedemikian tidak perlu ditunjukkan di dalam kaca televisyen kerana drama ini mungkin ditonton oleh kanak-kanak bawah umur.

Netizen juga mengkritik tahap lakonan yang dipamerkan oleh para pelakon di drama tersebut yang dianggap kurang berkesan dalam membawakan watak dengan baik.

“Laki mcm hariz ni bg free pun xnak lah.. tsksa hidup kayra, kesian..” – Netizen

“Llaki kalau m4rah memang slalu macam nie …. giila” – Netizen

“Psych0 hariz ni.. nak cedera kan diri dpn kayra untuk simpati. menyampah aku” – Netizen

“Suami paling bodo la dalam bnyak² cerita yang pernah aku tengok ” – Netizen

“Amende lakonan sampah ni korang casting mcm mne weih nowadays adeh cringe af” – Netizen

“Hero bukak mulut mcm nk x nk.. her0in mcm kanak2 RIBENA.. boring.. cepat la habis.. Aku nk tgk cite lain plk” – Netizen

“Lakonan pun kayu… Control macho. Lebih baik watak tu bg artis lain hancuss lakonannya” – Netizen

“Dua dua pwlakon teruk. Pelakon kayu. Yg her0in kaku yg lelaki control macho terlebih. Menyampah tgk control macho cam lawo sgt” – Netizen

“Cite ni kalau dr awal tengok dh boring…tambah plak hero dgn her0in x kena langsung dgn cite ni…lg lh boringggg…ni pendapat aku..aku x tengok pun cite ni..aku tengok pun dlm insta ni..bila bkk insta.

Ada kluar cite ni,jd aku komenlh..ini komen jujur dr aku..bkn nk kondem pelakon tu..tp secara jujur..serius ckp,hero dgn her0in x ngam dlm cite ni..

dgn jln cite yg kurang menarik..tambah dgn pelakon yg x ngam..kesimpulan cite ni..rating dia jd 1 je..sekian” – Netizen

Walau apapun yang diperkatakan oleh para netizen, drama tersebut tetap mendapat rating tontonan yang baik.

Malahan lagu OST drama Bidadari Salju berjudul Mimpi nyanyian Haqiem Rusli juga kini sedang trending no 1 di saluran youtube membuktikan bahawa drama ini tetap mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Sumber: ig tv3 malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*