“Ceq makan satgi tak melamb0ng camni, siap hg Che Ta” – Netizen

Nak promosi produk zaman sekarang ni kena menarik. Kalau tak menarik, orang pun pasti tak berminat nak beli. Lebih-lebih lagi kini banyak jenama yang menggunakan khidmat para artis untuk mempromosikan produk dengan lebih meluas. Selain disebabkan populariti yang ada pada artis, kadang-kadang idea mereka dalam promosi pun luar biasa unik dan menarik juga.

Pelakon dan model cantik Rozita Abu B4kar atau terkenal dengan nama samaran sebagai Che Ta ini memang terkenal dengan kecantikannya yang tidak dimamah usia. Selain cantik, Che Ta juga memang lucu orangnya ditambah pula bila berjenaka dengan loghat pekat Kedahnya itu.

Sejak penglibatannya dalam industri hiburan, nama Che Ta memang sentiasa terpalit dengan pelbagai kontroversi dan gossip-gossip mengenai kehidupan peribadinya. Dahulu dia jarang berkongsi mengenai kehidupan peribadinya, namun pihak media dan peminat ketika itu sentiasa mahu tahu tentang perkara itu.

Walaupun kini dia dan adik beradik perempuannya yang lain sedang menikm4ti musim sejuk di Vienna iaitu ibu negara Austria, namun komitmennya dalam bekerja tidak ditinggalkan begitu sahaja. Perjanjiannya untuk mempromosikan sebuah jenama tempatan masih dijalankan dengan baik walaupun sedang seronok bercuti.

Video terbaru yang dimuatnaik oleh Che Ta itu telah membawa tawa orang ramai bila melihat skill editing yang bukan seperti kebiasaannya. Sungguh kreatif Che Ta bila berada di luar negara ni, sehingga dia pun boleh terbang sehingga ke awan di dalam video.

Terlihat dia mempromosikan produk pelangsingan badan dalam video itu sehingga siapa yang minumnya boleh merasakan keselesaan. Gambaran selesa itulah yang menjadi idea buat Che Ta untuk membuat aksi di kayangan dalam video itu.

Peminat dan rakan artis masing-masing merasa terhibur melihat telatah Che Ta. Namun, ada juga yang merasa kurang selesa melihat Che Ta yang sentiasa tampil dengan solekan tebal di wajah kerana mereka teringin melihat Che Ta berwajah natural tanpa sebarang mekap.

Kalau Che Ta boleh terbang, tak payah lah susah-susah beli tiket penerbangan dari Vienna bila nak balik ke tanah air nanti. Memang terhibur sungguh tengok kelakuan Che Ta yang sempoi sangat ni.

Sumber: Instagram Che Ta

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!