“Cara masak nasi goreng macam mak saya”- Netizen

Perempuan dan memasak memang tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi apabila sudah bergelar isteri atau ibu. Tetapi, itu bukanlah alasan untuk k4um lelaki tidak jejakkan kaki ke dapur untuk memasak. Sememangnya apabila sudah mendirikan rumah tangga, sikap bertoleransi antara satu sama lain amatlah penting dalam memastikan rumah tangga itu harmoni.

Belum lagi bercerita tentang jenis masakan di Malaysia, kalau time breakfast tu, macam-macam jenis masakan ada. Nasi lemak, mee goreng, nasi dagang dan banyak lagi. Kalau nak makan simple-simple pun boleh. Belum lagi waktu lunch kan.

Begitu juga dengan Zulin Aziz apabila beliau memuatkan naik video beliau dibantu oleh suaminya menyediakan sarapan pagi. Tengok Zulin tumbuk lada pun dah terasa lapar, boleh bayangkan keenakan masakan tersebut.

Menu simple iaitu Nasi Goreng Cili Kering yang dimasak oleh Zulin dan suami tercintanya itu rata-rata mendapat komen dari netizen. Walaupun hanya nasi goreng, tapi mampu membuat kita tersenyum dengan keenakannya. Bak kata mat salleh “happy tummy”.

Malah, ada juga netizen yang mengimbau kembali kenangan seperti masakan yang dimasak oleh ibu mereka. Mungkin dari segi ramuan dan resepi yang diamalkan, sedikit sebanyak serupa dengan resepi Zulin pada kali ini.

Zulin yang baru saja mendirikan rumah tangga pada awal tahun ini, sah diijab kabulkan bersama jejaka pilihan hatinya yang merupakan seorang rakan kongsi perniagaannya iaitu Farhan Nor Zaini. Makin hari semakin bahagia je tengok pasangan ni. Syukur.

Pun begitu, Zulin juga seringkali memuat naik video masakan nya dan cara-cara dekorasi meja makan ala ala aesthethic. Kalau peminat-peminat barangan aesthethic pasti suka menonton video-video Zulin buat dekorasi. Kalau yang suka tengok video masakan pun boleh tengok di Instagram Zulin, mana tahu boleh kongsi menu yang sama.

Walaupun sibuk menguruskan rumah tangga, tetapi artis ini masih lagi aktif dalam dunia hiburan. Yelah, itu juga sumber rezeki beliau, haruslah pandai membahagi masa. Beliau juga mempunyai perniagaan sendiri.

Justeru, semoga pasangan sentiasa aktif membuat banyak lagi video masakan di Instagram, sedikit sebanyak dapatlah berkongsi resepi-resepi kepada para peminat. Netizen pun lepas tengok video masakan Zulin, bolehlah terus ke dapur dan masak menu yang sama.

Sumber : Ig Zulinaziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!