“Cara dia tengok tu mcm dia nampak makanan” – Netizen

Rumahtangga pasangan Fazura dan Fattah Amin kini dilengkapkan lagi dengan kehadiran puteri sulung mereka yang dilahirkan pada bulan Oktober tahun lalu. Tiada yang dapat menggambarkan kegembiraan rumahtangga dan kehidupan mereka berdua apabila dikurniakan cahaya mata pertama itu sebagai penyeri. Kini rutin harian pasangan pelakon, penyanyi dan model popular itu telahpun berubah 360 darjah.

Fazura juga turut mengikuti jejak langkah suaminya menjadi seorang ahli perniagaan apabila mula menceburi bidang perniagaan penjagaan kulit dan kosmetik dengan mengeluarkan produk Fazura Skiincare sejak tahun lalu.

Kerjaya lakonan dan peragaan yang terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana PKP digunakan sebaiknya oleh Fazura dengan mempromosikan produk beliau menerusi media social. Masa yg ada juga digunakan untuk meluangkan masa dengan buah hatinya Nur Fatima Aisya.

Menerusi satu perkongsian di instagram peminat Fazura, terdapat sebuah video yang memaparkan aktiviti harian Fazura dan anaknya ketika Fazura mempromosikan produk penjagaan bibir keluaran terbaru beliau.

Bagaimanapun reaksi anaknya Fatima yang kelihatan sangat geram dan penuh rasa ingin tahu melihat produk penjagaan bibir itu seolah-olah makanan mencuri perhatian para peminat mereka.

Jika dilihat di dalam video, mata bulat Fatima tidak berkelip melihat gerak geri ibunya yang mengoleskan bibir dengan produk penjagaan bibir tersebut.

Rata-rata para peminat mereka juga menjadi teruja melihat kecomelan wajah Fatima. Kehidupan keluarga pasangan Fazura dan Fattah Amin yang sangat sederhana dan tidak terlalu menonjol juga sangat dikagumi oleh para peminat mereka. Berikut dikongsikan komen para peminat.

Fatima juga bakal mengikuti jejak langkah ibu bapanya apabila baru-baru ini terlibat dalam satu penggambaran iklan pertama si cilik berkenaan di KLCC.

Bagaimanapun sebagai seorang ibu yang penyayang dan perihatin Fazura sangat melindungi anaknya dan tidak mahu Fatima terus mulai bekerja sejak dari usia kecil. Mungkin pada usia kanak-kanak atau remaja nanti baru boleh tengok wajah Fatima lebih kerap lagi.

Sumber : ig jetaime.fattzura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!