“Cap tak tahu knp ramai masih tak puas hati dgn isteri”- Caprice

Dapat bersama yang tersayang dalam masa sama membina mahligai rumah tangga bahagia merupakan impian hampir kesemua insan. Begitupun, kadang seperti sebuah bahtera, tidak sepanjang perjalanan di samudera akan elok dan dapat melihat alam yang indah-indah sahaja, sekali-sekala pasti dilanda ujian ombak dan badai. Itu barangkali yang sedang dilalui, selebriti yang juga penyanyi hip hop, Caprice atau Daddycap dengan nama sebenar, Ariz Ramli ini.

Kasihan juga membaca coretan hantaran Caprice (Cap) ini yang berkongsi akan keadaan dirinya selepas berkahwin. Kata orang lagi besar periuk, lebih tebal keraknya. Pastinya itulah yang terpaksa dilalui Cap.

Coret Cap, sebelum ini dirinya menyangka yang selepas mendirikan rumahtangga pastinya ujian buat dirinya akan lagi kurang. Begitupun di sebalik semua senyuman, filters dan video yang acap dikongsikannya ada ujian sebaliknya.

Akui Cap, sebenarnya sejak tujuh bulan lalu yang pastinya selepas sah akad nikah dengan isterinya, Farra Inalis Hussni atau Elis banyak perkara dilalui mereka di mana dia perlu menguruskan dan dia sendiri cuba bantu isteri.

Seakan mahu memberitahu bahawa isterinya ‘mendapat gngguan’, kata Cap sudah beberapa kali ustaz datang untuk mengubati isterinya itu. Baru-baru ini pula ada pulak tiga orang yang berani menghubungi isterinya.

Bukan sekadar menelefon Elis di tengah malam, bahkan diganggu pula. Sudah pastinya runsing dengan keadaan itu, luah Cap, dia tak tahu kenapa ramai masih tak berpuas hati dengan isterinya.

“Im really tired to be honest (Saya dah penat nak jujur). Nak hadam business 9am-10pm, lepas tu sambung dengan bende bukan2 sampai 3am-4am. I need help”, begitu kongsi Cap.

Kasihan Cap dan isterinya, ‘diganggu’ sampai begitu sekali hingga Cap terpaksa berterus terang perlvkan bantuan. Harap mereka yang dapat membantu nanti benar-benar jujur dan moga mereka dapat jalani hidup seperti sedia kala.

Dalam pada itu, tak kurang netizen di ruangan komen pada hantaran Cap di IG nya itu yang menyatakan simpati dengan ujian menimpanya. Tak kurang juga yang berkongsi pengalaman sama, malah ada memberikan nasihat.

“Bukan isteri je dia cuba ganggu..cap n ank pun kena..sy pernah hadapi bnda ni..seluruh keluarga sy kne berubat”, “Whatever they do,they have to know,benda ni akan dibalas di akhirat”.Sabar menghadapi ujian yg dtg ya cap. Itu antara komen netizen.

Dalam video dikongsikan, Cap menunjukkan keadaaan Elis di waktu awal pagi yang masih belum dapat tidur, selain perlu memperdengarkan ayat-ayat rvkyah bagi menghindar gangguan.

Apa pun moga diberikan kesembuhan buat Elis dan Cap serta keluarga terhindar daripada sebarang benda yang hendak mengganggu. Ya, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya kepadaNya kita berserah.

Sumber : IG Caprice

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!