“Cantiknya Wati dan Erra” – Netizen

Peribahasa “ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi” sering kali kita dengar jikalau sesuatu persamaan sama ada baik atau buruk ingin dibandingkan antara ibubapa dan anak-anak. Apa sahaja sifat mahupun keadaan fizikal yang dimiliki oleh ibu bapa seperti rupa paras atau ketinggian, pasti akan diwarisi oleh anak-anak secara turun-temurun. Sebab itu, jika seseorang itu mempunyai rupa paras yang menawan ataupun tinggi lampai, secara automatik kita akan tertanya-tanya bagaimanakah keadaan fizikal ibu bapanya.

Tidak hairanlah jika kebanyakan anak-anak selebriti mempunyai anak perempuan yang cantik ataupun anak lelaki yang kacak, kebanyakan selebriti Malaysia juga adalah rupawan.

Seperti pelakon serta penyanyi terkenal Erra Fazira, anak perempuannya yang bernama Engku Aleesya sering menjadi perhatian ramai disebabkan kejelitaan yang dimilikinya walaupun baru berumur 12 tahun.

Banyak orang yang menyatakan bahawa wajah Aleesya tidak ubah seperti wajah Erra semasa berlakon sebagai watak Wati dalam filem Sembilu beberapa tahun yang lepas semasa Erra masih lagi di ambang remaja.

Walaupun tanpa secalit mekap, wajah Aleesya tetap kelihatan manis dan berseri-seri sama seperti Erra. Ditambah lagi dengan senyuman manis dua beranak ini, pasti netizen bingung nak tatap yang mana satu.

Walaupun baru 12 jam yang lepas Erra memuatnaik foto perkongsiannya ini, namun ianya telah berjaya mengumpul sebanyak 72,877 likes dan 642 komen. Rata-rata netizen memuji kecantikan Aleesya yang diwarisi daripada ibunya.

Bukan para netizen sahaja yang memuji kecantikan Aleesya ini, malah aktress terkenal Salina Saibi juga turut tidak ketinggalan untuk mengongsikan pendapatnya mengenai kejelitaan semulajadi anak tunggal Erra. “Lawa ter0k” ujar Salina.

Aleesya merupakan anak hasil perkongsian hidup Erra bersama dengan bekas suaminya yang kedua iaitu Engku Emran. Walaubagaimanapun, perkahwinan Erra yang kedua bersama dengan Engku Emran ini tidak berkekalan apabila mereka membuat keputusan untuk bercrai pada tahun 2014. Perkahwinan Erra bersama dengan Yusry juga gagal apabila mereka bercrai pada tahun 2006.

Pelakon Gerak Khas ini yang sedang bergiat aktif dalam sukan berbasikal kini kembali menjadi perhatian netizen apabila ada desas desus yang mengatakan kononnya Erra akan berkahwin dengan bakal suami VV1P berstatus Menteri.

Tapi sampai mana kesahihan gosip panas itu, netizen juga tiada bukti. Erra juga sudah menjadi semakin penat untuk mengambil tahu mengenai kontroversi ini.

Apa-apa pun yang Erra lakukan, yakni dari soal jodoh mahupun perhubungan, itu semua adalah pilihan Erra sendiri. Kita tiada hak untuk menghalang ataupun mengiyakan pilihan Erra apalagi mahu menghakimi tindakannya.

Kita doakan saja yang baik-baik buat Erra agar apa yang dia impikan dalam kehidupan menjadi realiti yang indah suatu hari ini. Memang ini tugas peminat, bukannya mahu mengusutkan lagi keadaan, kan?

Sumber: Instagram Erra

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!