“Cantiknya Dr Azura mcm gadis Korea, suka tengok” – Netizen

Tugas dan tanggungjawab sebagai ibu bapa bukanlah mudah terutama apabila perlu membesarkan dan mendidik anak yang masih kecil. Ya, dalam kegembiraan menyambut orang baharu dalam keluarga, ramai yang mengakui kadangkala deskripsi cabaran perlu dihadapi agak memenatkan. Tidak mustahillah jika ada yang ‘terbabas’ dengan pendekatan tidak sepatutnya bagi menangani ia hingga mengundang rasa tidak enak pada diri sendiri, malah terhadap si anak.

Jujurlah mengakui pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu yang mana ibu bapa terpaksa mengasuh atau mengajar PdPR anak-anak masih kecil di rumah, siapa yang mampu ‘bertahan’?

Jika sebelum PKP yang bebas ke sana ke sini dan tugas ‘dibahagikan’ kepada penjaga taska dan pengasuh, dapat juga mencuri masa untuk ber‘me time’, dating dengan pasangan dan ‘relaks’ seketika dari ‘berper4ng’ dengan ‘askaar kecil’. Tapi jika dah berperuk ‘bertahun’ di rumah bayangkanlah bagaimana ya?

Perkara berkaitan itulah yang cuba dikongsikan, pengamal perubatan selebriti, iaitu Dr Say Shazril yang wajah popularnya banyak terpampang dalam iklan komersil tempatan ini di status media sosialnya hari ini.

Katanya tanggungjawab keibubapaan bukanlah mudah. Berkongsi contoh dirinya sendiri yang mana iaterinya baharu tamat tempoh berpantang, beliau mengakui menguruskan anak seorang sebelum ini agak mudah. Namun begitu, untuk menguruskan dua anak dalam masa sama lain ‘penangannya’.

Menyifatkan sesekali perlu beri peluang pada diri sendiri dan pasangan, katanya beliau mengambil pendekatan ‘meminta bantuan’ pihak yang boleh menjagakan anak sementara.

Peluang yang ada digunakan untuk berdua dengan isteri dan mengembalikan nostalgia lama.“Rasa hiilang semua penat lelah, bertelingkah & salah menyalah sepanjang 2 bulan berpantang ni,” antara tulisnya.

Jika ada yang mengambil pendekatan sama sepertinya tetapi berdepan persoalan dalam diri salahkah tidak membawa anak-anak bersama, katanya baginya tak salah kerana pada masa itulah beliau dan isteri menggunakannya untuk berbincang perihal keluarga terutama tentang si kecil.

Kongsinya jika ada ibu bapa yang berasa kelelahan, boleh saja meminta pihak yang dapat menjaga anak-anak. Tugas menjaga anak juga disifatkannya lebih mudah jika mendapat kerjasama pasangan

Coret Dr Say, apabila parents sihat dan gembira, semestinya anak-anak turut berasa perkara sama. Jadi to all parents out there, go & have your break lagi-lagi dah terperap lama kat rumah dengan anak-anak sepanjang PKP ni. Mamak ke, movie ke, merayap ke layan je janji happy, katanya.

Dalam berkongsi perihal itu, sudah namanya netizen, ramai pula yang memberikan komen di status dimuatnaik bertajuk Topik : Take Some Time Off From Parenting oleh Dr Say itu. Tidak kurang  yang memberikan pendapat tentang raut wajah isterinya, Dr Azura Abas.

Menariknya, ramai bersetuju Dr Azura mempunyai wajah menawan dan persis gadis Korea gitu. Amboiii netizen ni… lain yang Dr Say kongsikan, lain pula yang diaorang komen ya.

Apa pun tidak dinafikan, isteri Dr Say ini memang tampak mempunyai pekej yang lengkap sebagai seorang wanita dan ibu. Agaknya pendekatan Dr Say ni juga bantu isterinya itu kekal cantik menawan.

Ha, pada suami di luar sana, selain manjakan anak, jangan lupa beri perhatian pada isteri ya

Sumber : Ig Dr Say & Dr Azura Abas

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*