“Cantiklah akak pakai tudung, serasi” – Netizen

Bagi artis yang sudah biasa berpenampilan tanpa menggunakan tudung, sudah pasti apabila mereka memakai tudung raut wajah mereka kelihatan begitu manis sekali. Entah mengapa, tapi pemakaian tudung pada pendapat min menambahkan keayuan pada wajah seseorang wanita. Makin lagi apabila dipadankan dengan pakaian seperti baju kurung atau baju kebaya, makin terserlah imej wanita Melayu terakhir.

Kadangkala artis lebih suka untuk berdandan tanpa menutup aurat seperti rambut. Sudah menjadi pegangan bagi setiap umat Islam untuk menjaga penampilan terutama bab-bab pemakaian tudung. Namun, pasti ada sahaja yang bertanggapan bahawa imej bertudung itu tidaklah seberapa penting.

Tetapi apabila mereka mula menitikberatkan aurat dan mulai mengenakan tudung, ternyata makin manis dan sopan penampilan tersebut pada pandangan umum. Maklumlah artis, dengan beratus ribu pasang mata yang memerhati mereka, sudah pasti penampilan yang menutup aurat merupakan sesuatu perkara yang patut dilakukan.

Sudah tentu kamu mengenali pelakon wanita hebat Fasha Sandha, bukan? Wanita ini bukan sahaja terkenal di kalangan netizen disebabkan oleh bakat serta kecantikannya, namun imejnya yang sering tampil tanpa memakai tudung juga kadangkala menimbulkan kontroversi buat dirinya.

Baru-baru ini, Fasha ada mengongsikan satu fotonya bersama-sama dengan aktress jelita Nelydia Senrose yang mana kedua-dua jelitawan ini tampil dengan mengenakan tudung. Ternyata makin terserlah keayuan kedua-dua aktress ini.

Lagi-lagi apabila senyuman yang diukirkan mereka sangat manis dan menawan. Tidak hairanlah jika banyak peminat yang terpesona melihat foto kedua-dua pelakon popular ini. Dengan pakaian serba putih, sesuai sangat dengan padanan tudung Fasha yang berwarna merah jambu manakala putih bagi Nelydia.

Foto perkongsian Fasha ini mendapat sebanyak 10,810 sukaan dan 59 komen. Perkongsian Fasha ini dimuatnaik menerusi akaun Instagramnya semenjak 12 jam yang lalu lagi. Ternyata ramai peminat Fasha yang tertarik dengan posting Fasha kali ini.

Rata-rata netizen memuji kecantikan kedua-dua wanita ini yang semakin terserlah semasa bertudung. Ruangan komen posting Fasha ini dibanjiri dengan komen positif daripada warganet. Masing-masing tidak mahu ketinggalan untuk memuji dua artis tersebut.

Apa pendapat korang dengan penampilan Fasha dan Nelydia yang bertudung? Semakin ayu dan cantik kan? Semoga Fasha dan Nelydia sentiasa terbuka hati untuk terus berpenampilan sedemikian.

Buat para peminat Fasha dan juga Nelydia, teruskan memberi kata-kata semangat buat kedua-dua selebriti ini agar pada suatu hari nanti pemakaian tudung bukanlah hanya sekadar untuk bergambar, tetapi digunakan secara ikhlas dan rela hati.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!