“Cantik bergaya ibu mengandung ni, nampak berseri” – Netizen

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mahu mempunyai zuriat sendiri kerana anak bukan hanya penyambung zuriat, malah menambah kebahagiaan dan menjadi penyeri dalam mengikat ikatan kasih sayang pasangan suami isteri. Bagaikan tidak lengkap rumah tangga tanpa tangisan bayi. Sudah tentu, setiap pasangan suami isteri menantikan detik paling berharga dalam hidup dengan kehadiran ‘permata hati’.

Itulah yang lalui kini oleh aktres dan pengacara popular Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar. Pelakon drama Sweet Dreams itu sedang menikm4ti fasa kehamilan dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Setelah berbulan menyimpan rahsia kehamilan, sekitar januari lalu akhirnya suami kepada Mira Filzah telah mendedahkan bahawa isterinya kesayangannya itu kini sedang berbadan dua.

Berkongsi berita gembira itu melalui akaun Instagram, Wan Emir memaklumkan kandungan Mira atau nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman bakal memasuki trimester ketiga.

Wan Emir mengumumkan berita gembira tersebut menerusi satu entri yang memaparkan alat ujian kehamilan bersama foto perkahwinan mereka.

Seperti juga pasangan lain, mereka tidak terlepas melalui pengalaman menyentuh emosi ketika menantikan kehadiran cahaya mata yang bakal menjadi pelengkap rumah tangga.

Hanya mampu berdoa, pasangan ini percaya kepada aturan Ilahi dan menerima apa jua ketentuan mengenai soal zuriat.

Umpama doa dan kata-kata yang dimakbulkan daripada para peminat apabila bintang yang meledak menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda dan Sweet Dreams itu mengesahkan dirinya berbadan dua.

Mira menyifatkan detik indah berbadan dua apabila usia kandungan masuk enam bulan bagaikan terbentang cantik pada masa yang tepat untuk di kongsikan bersama para peminat.

Menerusi perkongsian terkini Mira di Instagram, beliau telah memuatnaik dua keeping gambar terkini dirinya menggayakan jubah berwarna merah keluaran jenama Ariani Edisi Raya tahun ini.

Menerusi gambar berkenaan wajah Mira kelihatan sangat berseri. Aura ibu mengandung yang sangat luar biasa kelihatan pada wajah Mira.

Meskipun tarikh jangkaan bersalin Mira sekitar syawal nanti, namun dirinya yang sedang sarat hamil ini tidak menunjukkan perubahan bentuk badan yang ketara.

Di perkongsian sebelum ini, tubuh badannya yang kelihatan lebih kur0s dengan wajah yang cengkung juga sering menjadi buah mulut para peminat.

Mira mengakui sering dihujani komen negatif daripada netizen mengenai perubahan fizikalnya sejak disahkan berbadan dua.

Tambah pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman ini lagi, perubahan bentuk fizikalnya yang kelihatan kur0s berbanding sebelum ini bukan disebabkan alahan ataupun ‘morning sickness’.

Tutur pelakon itu lagi, beliau tidak mengawal pemakanan sepanjang bersalin dan menikm4ti pelbagai jenis makanan. Mungkin di sebabkan perubahan badannya sendiri sewaktu hamil menyebabkan dirinya nampak cengkung dan kur0s.

Dalam perkongsian lain, aktres berusia 30 tahun itu juga memberitahu kehamilan turut membuatkan dirinya kurang gemar untuk beraksi di hadapan kamera.

Malah dia juga memaklumkan Instagram merupakan platform untuk mencari rezeki dan akan mengurangkan hantaran berkaitan peribadi dan keluarga.

Apa sahaja yang di kongsikan di Instagram lebih kearah kerjayanya dan juga bertindak sebagai duta mempromosikan produk.

Memandangkan tarikh jangkaan kelahiran hampir tiba, ramai peminat dan rakan artis yang mengambil kesempatan mendoakan supaya urusan pelakon berkenaan di permudahkan.

Para peminat juga memuji seri ibu mengandung pada wajah Mira. Berikut di kongsikan komen- komen yang di tulis oleh netizen.

Sebagai rekod, sejak tahun lalu telah timbul desas-desus konon Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu hamil. Namun pelakon berkenaan tidak mengiya atau menafikan perkara itu, Mira bagaimanapun berjanji mengumumkannya jika sudah bersedia.

Mira dan Wan Emir selamat diijabkabulkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putarajaya pada 3 September 2020 dan di raikan dalam empat majlis yang berasingan.

Sumber: Instagram mira filzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!