“Cakap juta2 tapi bergambar atas kereta Myvi je” – Netizen

Mentaaliti rakyat Malaysia, asal sahaja kaya mesti guna kereta import luar negara. Kalau kaya tetapi guna kereta buatan Malaysia pasti akan dianggap sebagai kedekut taahi hidung masin macam Haji Bakhil. Kadang-kadang ada juga yang tetap meminati kereta buatan negara walaupun pendapatan sebulan sudah mencecah ratusan ribu ringgit. Lain orang lain citarasa, bukan?

Seperti Ahmad Iqbal Zulkefli ataupun Iqbal yang sering menjadi perhatian media semenjak dia mempunyai hubungan dengan DSV sehingga mau berkahwin, tapi sampai ke hari ini, hanya gosip sahaja yang tersisa.

Baru-baru ini, sekali lagi Iqbal tampil dengan kenyataan yang menggmparkan bagi para netizen. Kata Iqbal, dia sekarang tengah runsing untuk memilih komposer kerana kebanyakan tawaran yang Iqbal dapat datangnya daripada komposer yang hebat-hebat belaka.

Foto perkongsian Iqbal yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya mendapat banyak reaksi daripada para followersnya.

Foto Iqbal yang sedang duduk di bonet hadapan kereta Axianya itu telah mendapat sebanyak 12,151 likes dan 866 komen walaupun baru 16 jam yang lalu Iqbal mengongsikannya.

Beratus-ratus komen serta reaksi netizen dapat dibaca melalui ruangan komen posting Iqbal ini. Seperti biasa, ada yang menyokong usaha Iqbal dan ada juga yang memperlekehkan serta mempersendakan usahanya ini.

Memang sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan, mesti ada yang bersikap positif dan ada juga yang bersikap negatif malahan turut mempengaaruhi orang lain untuk ikut serta memandang rendah keupayaan Iqbal.

Namun yang berjaya mencuri perhatian netizen adalah apabila seorang followers Iqbal mengusik sinis kereta yang menjadi pilihan Iqbal ini. Iqbal menggunakan kereta yang sederhana sahaja iaitu Axia.

Tidak tahulah apa yang terlintas dalam fikiran followers ini sehingga mempertikaian Iqbal yang hanya menggunakan kereta Axia. Aduhai, jenis kereta pun jadi isu jugak. Susahlah jadi orang kaya ni, semua aspek pun perlu sempurna di mata umum.

Nak naik kereta jenis apa tu ikut pilihan masing-masinglah. Itu pun nak kecoh. Min pula yang geram baca komen followers Iqbal ni, nasib baik Iqbal menjawab dengan selamba sahaja.

Ramai juga nampaknya followers Iqbal yang bengang dengan komen biadap pengguna Instagram ni. Dah serik ke tu nak mengecam tapi tak kena tempat? Kihkihkih.

Tidak apalah Iqbal, teruskan sahaja niat mahu merakam lagu. Benar kata Iqbal bahawa setiap kerja keras tidak akan mensiakan hasil.

Pandang sahaja ke hadapan, tulikan telinga daripada mendengar kata-kata negatif netizen. Semoga berjaya dengan apa yang Iqbal impikan.

Sumber: Instagram Iqbal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!