“Byk bersabar Bella. Berkat doa Bella xputus asa asbab Aliff berubah menjadi lbh baik” – Netizen

Baru-baru ini kecoh diperkatakan mengenai kelakuan suami Bella Astillah apabila tular kembali beberapa gambar seorang penyanyi lelaki yang dikatakan berkelakuan tidak sen0noh. Dipercayai individu di dalam gambar berkenaan adalah pelantun lagu Sayang-Sayang iaitu Aliff Aziz. Bella yang kini sudah kembali berbaik bersama suaminya mengakui menerima terlalu banyak Direct Message (DM) serta panggilan pertanyaan daripada orang ramai terhadap isu berkenaan.

Oleh itu menerusi ruangan instagram story peribadinya, Bella telah membuat sendikit penjelasan bahawa beliau bukan sengaja menolak untuk memberikan sebarang kenyataan kepada media kerana membnci atau sebagainya, namun bimbang kenyataan yang dikeluarkan bakal di salah tulis dan di salah tafsir. Sekiranya perkara tersebut berlaku, beliau dan suami yang bakal menanggung impak berkenaan.

Secara peribadi Bella juga meluahkan bahawa beliau tidak bertanyakan perkara tersebut kepada suaminya kerana tidak mahu mengungkit kisah silam suaminya itu memandangkan tidak mendatangkan faedah dan manfaat apa-apa kepada beliau terutamanya rumahtangganya.

Bella berkata dirinya tidak tahu apa motif sebenar individu yang kembali menyebarkan gambar suaminya.

Beliau mengambil sikap berdiam diri kerana menerima kisah silam suaminya dengan hati terbuka. Apa yang penting usaha suaminya kini yang mahu berubah kearah kebaikan demi diri beliau sendiri serta keluarga.

Bella berkata sebagai isteri, beliau perlu memberikan sokongan emosi dan tidak mempersoalkan perkara sedemikian.

Bella memohon maaf kepada para media kerana tidak dapat membalas pertanyaan dan menjelaskan bahawa dirinya bukan tidak mahu memberikan kerjasama apatah lagi sengaja mahu mengelak namun beliau lakukan demi kebaikan suami dan keluarga serta mahu mengekalkan kebahagiaan yg dilalui sekarang.

Tidak ketinggalan Bella turut berkongsi Direct Message (DM) yang beliau terima daripada peminat yang mengagumi sifat sabar beliau. Asbab kesabaran beliau sebagai isteri itulah, suaminya Aliff kembali berubah menjadi lebih baik.

Namun peminat itu juga menasihati Bella sekiranya menerima gangguan keterlaluan Bella perlu mempertahankan nama naik Bella dan keluarga. Peminat tersebut juga mendoakan Bella agar terus kuat demi keluarga.

Sejak dulu lagi kagum dengan sikap sabar dan semangat juang Bella Astillah dalam mempertahankan rumahtangganya. Bella merupakan seorang isteri yang sangat setia dengan suaminya.

Sanggup menerima kebaikan dan keburukan suaminya dengan penuh ketabahan walau apa jua yang berlaku. Zaman sekarang sukar berjumpa dengan wanita sebegini yang sudi menerima kisah silam suaminya dengan redha. Semoga Bella dipermudahkan urusan dan didoakan yang baik-baik sahaja buat Bella dan keluarga.

Sumber : ig bella astillah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!