“Bukan artis gred A pun try la usaha jd hamba Allah yg lulus” – Netizen

Sudah lama tidak mendengar berita mengenai pelakon Natasha Hudson. Namun baru-baru ini telah tular berita kurang enak mengenai pelakon tersebut apabila muncul disebuah majlis pelancaran sebuah produk makanan kesihatan. Natasha Hudson dikatakan telah memakai baju yang kurang sesuai untuk digayakan oleh seorang wanita berhijab di majlis tersebut. Sebagai seorang wanita berhijab, Natasha bagaimanapun telah mengenakan baju yang mempunyai rekaan terbelah di bahagian bahu.

Pihak syarikat produk makanan kesihatan tersebut telah melantik Natasha sebagai dutanya dan pakaian Natasha juga sebenarnya telah disediakan oleh pihak syarikat untuk muncul di majlis itu.

Natasha yang bertindak sebagai duta hanya menjalankan tanggungjawabnya sahaja.

Pakaian yang dikenakan oleh beliau itu tidak manis untuk dipandang walaupun Natasha telah menjelaskan bahawa beliau sebenarnya telah memakai selapis baju lain di dalam yang berwarna kuulit. Isu tersebut secara tidak langsung telah mengundang kata-kata yang tidak manis buat dirinya.

Menepis dakwaan sengaja untuk menayang bahu, Natasha berkata beliau telah memakai baju yang berwarna kulit di dalam dan tidak langsung mendedahkan bahu beliau.

Pada awalnya Natasha berkata beliau tidak mahu ambil peduli apa sahaja kata-kata netizen kerana merasakan tidak wajar menilai beliau secara luaran penampilan sahaja.

Namun isu tersebut tidak terhenti disitu apabila pereka fesyen baju itu sendiri iaitu Rizman Ruzaini telah mengeluarkan kenyataan balas bahawa rekaan baju itu sebenarnya direka khas untuk para wanita yang tidak bertudung dan terkejut apabila Natasha memakainya.

Rizman memaklumkan bahawa pihaknya juga tidak tahu siapa yang telah membeli baju tersebut kerana pembelian itu dibuat secara dalam talian.

Terkesan dengan kenyataan dari pereka fesyen itu yang dirasakan agak berat sebelah, Natasha kemudiannya memberikan kenyataan balas bahawa mungkin kenyataan dari pereka fesyen itu dibuat kerana dirinya bukan lah seorang artis popular. Disebabkan itulah pereka fesyen berkenaan juga tidak menyebelahi beliau.

Berita tersebut telah mendapat liputan beberapa pengamal media termasuklah pihak Media Wilayahku. Berkongsi kenyataan Natasha itu di Instagram, warganet mula memberikan reaksi terhadap kenyataan Natasha.

Menjenguk keruangan komen, warganet rata-ratanya tidak bersetuju dengan kenyataan balas Natasha terhadap pereka fesyen berkenaan kerana berpendapat isu tersebut sebenarnya berpunca daripada diri artis itu sendiri yang tidak menjaga penampilan sebagai seorang wanita yang bertudung. Berikut dikongsikan beberapa respon netizen terhadap isu itu.

“siapa tgk cara dia berpakaian … pun pelik .. bagaikan bertudung tp telanjang …and designer baju tu tk boleh tegur ke ..baju tu ada tag jenama … agakx2 lah” – Netizen

“Bukn pasal gred mangkuk hayun jugok laa ko ni” – Netizen

“Mungkin sebab kau mslim .. dan perbuatan kau tu tak berfaedah dah elok bertudung bukak preview pulak … ada otak ke takde? besok nanti malaikat pun tak peduli kau artis ke aps ke .. dia balun je” – Netizen

“Masa bwt decision untuk pakai baju cmtuu, ad fikirkan Tuhan x?” – Netizen

“Dalam hal ni, Natasha dan Tatarias tu yang salah dan lebih bertanggungjawab. Come on, Natasha tu berhijab, patut dia lebih peka dengan apa pakaian yang sesuai. And for Natasha, u should voice out yang this attire is not appropriate for my image. Haihhh” – Netizen

“Bukan masalah berat sebelah…tapi berat orang islam memandang…..pakai tudung tu bukan untuk berfesyen tapi untuk tutup aurat…dh terang² baju tu direka untuk orang yang xpakai tudung…

Cuba lah muhasabah diri…ni x…bila orang tegur…kau salahkan orang lain…haihh…semoga cepat berubah” – Netizen

Ada betulnya juga nasihat netizen itu. Kerana sebagai seorang yang mengamalkan ajaran islam Natasha mungkin perlu lebih sensitif dalam memilih pakaian yang bersesuaian dengan dirinya.

Mudah-mudahan Natasha juga mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan muhasabah diri sendiri untuk memperbaiki kesilapan pada masa akan datang

Sumber: ig wilayahku

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*