“Budak skrg payah nk faham org tua berkata, terang bagai disuluh dia tny semula jwpn” – Netizen

Baru-baru ini telah tular mengenai kenyataan Dato Vida supaya golongan yang terjejas semasa PKPD ini agar berhenti meminta-minta dan berusaha demi kelangsungan kehidupan. Bagaimanapun kenyataan Dato Vida itu telah disalah ertikan apabila orang ramai menghentam beliau kerana kenyataan beliau itu. Menurut Dato Vida, beliau tidak bermaksud untuk menghina golongan yang meminta bantuan namun mahu mereka berusaha terlebih dahulu sebelum mengharapkan bantuan orang lain.

Dato Vida turut menafikan dakwaan bahawa beliau tidak dapat membantu golongan yang terjejas. Menurut Dato Vida, beliau telah beberapa kali menghulurkan bantuan dan turun padang demi membantu mereka. Malahan anak beliau Cik B dan Kacak juga turut sama membantu golongan yang terjejas menggunakan wang simpanan sendiri.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin dan Kacak atau nama sebenar Muhammad Eric Zaquan menggunakan pengaaruh mereka di media sosial untuk hebahan sekiranya para pengikut mereka mengetahui terdapat keluarga yang memerluukan bantuan supaya memaklumkan perkara tersebut kepada mereka.

Cik B dan Kacak yang masih lagi remaja tidak menerima tajaan mahupun duit sumbangan orang ramai malahan menggunakan duit simpanan mereka sendiri dalam menjalankan misi menyalurkan sumbangan dan bantuan berkenaan.

Menerusi muatnaik terkini di instagram beliau, Dato Vida telah berkongsi tangkap layar keratan akhbar dimana beliau telah berkongsi luahan rasa kepada wartawan yang telah menemu bualnya berkaitan isu yang hangat diperkatakan mengenai diri beliau itu.

Menulis caption ringkas di entri tersebut, Dato Vida amat berharap supaya orang ramai yang membaca keratan akhbar berkenaan dapat menilai maksud sebenar kenyataan beliau serta mengambil input yang positif daripadanya. Dato Vida juga berharap agar orang ramai berhenti menghentam beliau tanpa memahami maksud sebenar kenyataan beliau.

Menjengah keruangan komen, rata-ratanya berkata mereka memahami apa yang cuba disampaikan oleh Dato Vida. Salah satu komen yang ditinggalkan oleh pengarah drama Nur telah mendapat perhatian dan menerima tanda suka yang agak tinggi.

Komen pengarah berkenaan antaranya berkata adakalanya kita tidak mampu untuk mengawal apa jua tafsiran orang kepada kenyataan kita.

Menurut pengarah itu lagi, sedangkan ayat quran kalam Allah pun buat orang berpecah belah mentafsir dengan bermacam-macam tafsiran ini kan pula kata-kata seorang manusia biasa.

Pengarah tersebut juga mendoakan agar orang ramai yang tersalah tafsir kata-kata Dato Vida itu akan memahami maksud sebenarnya yang cuba disampaikan oleh usahawan kosmetik berkenaan apabila tiba masa yang sesuai nanti. Berikut dikongsikan pula komen-komen lain daripada para pengikut akaun instagram Dato Vida.

“Kalau boleh beri idea utk kerja….awal PKP masih boleh hidup .. skrg makin lama makin truk…” – Netizen

“Dia org kene belajar bahasa melayu bg faham tu Dato’Sri…. Apa yg Dato’ Sri ckp ada betul…jln terakhir bru minta bantuan” – Netizen

“Ada betulnya ckp Dato ni ,,,sampai bila nk harap bantuan,,,kita kna fkir jln kluar dri mslah ni…fikir utk jgka msa pjg usaha” – Netizen

“Budak sekarang payah nak faham org tua bila ada yg berkata terang bagai d suluh dia tanya semula jgn laa bermain kata kata bg je jawapan” – Netizen

“Ambik positif ya betul. Bagi saya bukan apa, kdg2 saya rasa, masyarakat kita terlalu sensitif. Sensitif pada benda2 yg patut tak apa juga. Dato Vida bila nk bantu saya meniaga?” – Netizen

“Bile org tgk dato dh sng skank diorg jd lupe y dato ni mule dri bwah dlu.. Biase la tu.. Manusia mmg cpt menghukum dri menyiasat.. Semoga dato selalu dimurahkan rezeki utk bantu mereka y memerluukan.. Aamiin “ – Netizen

“Datuk brani ckp mcm tu sbb datuk pun dr bawah.. x semudah yg terlihat sekarang.. peritnya datuk lalui, jd bg sy ayat tu adalah semangat untuk sama2 maju, bukan hinaaan , kalau hinaan datuk xde membeli tepi jalan” – Netizen

Bersabarlah Dato Vida, tak semua orang dapat menerima apa yang kita cuba sampaikan. Mudah-mudahan niat baik Dato Vida itu tidak lagi disalah erti selepas Dato Vida memberikan penjelasan panjang lebar menerusi akhbar tersebut.

Sumber : ig dato vida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*