“Buat hal la Danial tiru DS Najib, berdekah2 juri gelak” – Netizen

Danial Zaini atau nama sebenarnya Mohamad Danial bin Mohd Zaini mula dikenali menerusi program Lawak Solo. Beliau sememangnya terkenal sebagai seorang yang pandai meniru suara dan karakter orang lain. Kehebatan beliau meniru suara beberapa orang terkenal seperti Dato Chef Wan, Syamsul Yusof dan Datuk Yusof Haslam sering mendapat pujian. Beliau telah dinobatkan sebagai juara sulung program tersebut  diikuti tempat kedua oleh Mat Sabah dan Fikry Ibrahim.

Selain menjadi penyampai radio di Era Fm, beliau turut berjinak sebagai penyanyi apabila muncul dengan lagu pertama Siti Bilang Cuti.

Kini lagu kedua beliau Ku Tak Rela tular dan mendapat sambutan hangat pendengar. Sehingga kini video muzik lagu tersebut telah mendapat 3.6 juta tontonan dalam masa 4 minggu di saluran Youtube.

Meskipun telah menjadi penyanyi Danial tidak mngalkan bidang komedi apabila muncul kembali untuk menghiburkan orang ramai menerusi program Muzikal Lawak Superstar.

Setelah beberapa minggu membuat persembahan lawak di pentas Muzikal Lawak Superstar bersama Kumpulan Heart yang turut sama di anggotai oleh Ezad Lazim dan Azmi Saat, kali ini Danial membawakan kelainan apabila meniru watak bekas Perdana mnteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak.

Gelagat spontan Danial yang secara bersahaja menyebut beberapa perkataan popular yang sering di ucapkan oleh Datuk Seri Najib semasa membuat persembahan membuatkan para penonton bersorak. Karakter beliau begitu menjadi dan para penonton terhibur dengan lawak yang di persembahkan oleh kumpulan ini.   

Menerusi instagram, Astro Gempak telah kongsikan beberapa sedutan menarik memaparkan persembahan di program Muzikal Lawak Superstar malam tadi.

Antara video yang mencuri tumpuan adalah video persembahan Kumpulan Heart. Beberapa netizen telah memuji Danial kerana berjaya menaikkan kembali nama Kumpulan Heart dengan watak spontan beliau sebagai Dato Seri Najib.

Para penonton dan juri yang menyaksikan persembahan tersebut malam tadi berkata mereka ketawa sampai pecah perut dengan gelagat Danial dan tidak menyangka Danial berjaya membawakan watak Dato Seri Najib dengan sempurna. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen.

Persembahan Heart diberikan komen positif oleh juri Zul Ariffin dan juga berjaya memperolehi 5 bintang. Zul Ariffin juga meminta supaya Danial mengembangkan lagi watak yang dibawanya itu pada minggu seterusnya.

“”Dari rakyat untuk rakyat”…. punchline dia padu laa….berdekah saya gelak. Buat hal laa Danial tiru DSN mlm ni ye… Danial ni sgt² talented…dia tiru suara tu sama laa mcm suara DSN.

Sebelum ni pun pernah skemer pun kena tertipu dgn dia ye laa dia menyamar tiru suara DSN… All the best Heart ” – Netizen

“Pndai daniel tiru suara datuk najib, bossku bossku malu apa bossku” – Netizen

“Ha ni first time ada kumpulan yg dpat 5 star which is kmplan heart, minggu sblum ni juri bagi brapa star je, 2 3 hingga 4 star gitu” – Netizen

“harap bosskur tak marah ya sebab guna bossku sebagai lawak, ala lawak aje kan tak simpan dalam hati pun, jadi pelawak meme gitu kekadang terpaksa melawak menggunakan individu untuk bahan2 dia melawak tak gitu kekwan hihihi sekadar pendapat aje…

no no no simpan dalam hati, peringatan untuk juri jangan la sensitif sangat dgn pelawak mlysia relax bro… ini semua poyo” – Netizen

Meniru suara dan gaya seseorang memang sudah menjadi kehebatan Danial. Jadi tidak hairan lah beliau mampu membawakan watak Dato Seri Najib dengan begitu baik.

Kita tengok minggu hadapan macam mana Danial akan kembangkan watak Dato Seri Najib dan watak siapakah lagi yang bakal Danial persembahkan.

Sumber: Instagram astrogempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*