“Brand tu pon, bagilah tut0rial dulu, dah terkial-kial kau dpn camera” – Netizen

Bukan nama Nabila Huda kalau tidak kerana lawak-lawak spontannya yang membuatkan para netizen meminatinya. Oleh kerana sifatnya yang kelakar, beliau juga sangat disenangi dalam kalangan rakan artis beliau. Baru-baru ini, beliau telah berkongsi tentang penggunaan satu pr0duk gigi. Tetapi cara Nabila Huda mengulasnya membuat bukan sahaja rakan artis terhibur dengan gelagatnya, malah netizen juga kering gusi melihat telatah kelakar beliau.

Ketika sedang berkongsi penggunaan pr0duk gigi tersebut, dilihat Nabila Huda sangat cemerkap dalam mengendalikan pr0duk gigi itu sehingga salah satu alatan gigi terjatuh hingga terkeluar baterinya. Gelagat Nabila Huda itulah yang membuatkan rakan artis dan para netizen geeli hati dan terhibur menonton IGTVnya.

Ramai rakan artis memberi komen mengatakan perangai beliau yang sangat ‘giila’ dan ada juga yang mengusik Nabila dengan mengatakan cara penggunaan pr0duk yang ditunjuk Nabila sangat c0mplicated dan membuatkan orang taknak membeli pr0duk itu. Tetapi Nabila berseloroh dengan membalas komen tersebut dengan mengatakan dirinya yang tidak bijak dalam perkara-perkara pengendalian barang sebegini.

Malah netizen juga ramai yang komen dan mengatakan mereka kering gusi melihat gelagat Nabila Huda. Ada juga yang memuji beliau kelihatan sangat cantik walaupun ketika membuat lawak spontan.

Dalam perkembangan lain, Nabila Huda ada berkongsi tentang beliau didalam sebuah sesi penggambaran untuk drama baru memegang watak sebagai seorang doktor baru-baru ini.

Sumber : IG kupu_kupu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*