“Bismillahirohmanirohim, saya nak cari jodoh untuk ibu saya”- Fazley Yaakob

Jodoh dan pertemuan adalah rahsia Allah. Kita sebagai manusia sememangnya perlu berusaha dan berdoa kepada Allah SWT untuk memiliki teman hidup. Siapa sahaja yang tidak mahu memiliki teman hidup bagi melengkapi kehidupan mereka. Sudah tentu kita inginkan seseorang yang diidamkan dan boleh bimbing ke arah jalan yang baik. Tidak mengapa jika seseorang itu tidak sempurna, janji dia mampu menjalankan tanggungjawab dengan bagus sekali.

Siapa sangka, selebriti Falzey Yaakob mencari bakal suami buat ibunya setelah sekian lama ibunya hidup bersendirian tanpa teman.

Bagi Fazley, jodoh dan pertemuan sememangnya rahsia Allah. Namun, tidak salah bagi Fazley untuk mencuba dan berusaha mencari jodoh buat permaisuri hatinya.

Fazley sendiri menyenaraikan ciri-ciri teman hidup buat ibunya, Datin Umi Kalsom. Melihat pada ciri-ciri teman hidup yang ditulis Fazley, ciri paling utama ialah status seorang lelaki yang single dan bukanlah memegang status sebagai suami orang.

Jelas Fazley lagi, beliau mencari seseorang yang mempunyai sifat penyayang dan penyabar serta jujur mencari kebahagiaan dunia akhirat.

Tindakan Fazley memuatnaik posting mencari jodoh buat ibunya telah menerima banyak pujian daripada netizen. Rata-rata netizen memuji sikap terbuka dan berfikiran positif Fazley bagi membuka peluang buat ibunya untuk berkahwin semula.

Ramai netizen juga menitipkan doa buat Fazley dan ibunya agar dipermudahkan mencari teman hidup yang sesuai.

Sebelum ini, Fazley juga pernah membuat posting sebegini ketika mencari teman hidup buat adik perempuan bongsunya. Dan adik perempuannya telah berjaya menemui bakal suami dan sudah dirisik.

Bagusnya Fazley sanggup carikan bakal suami buat ibunya. Lepas ni boleh lah dapat ayah baru hehe.. Harap berjalan dengan lancar ye

Sumber: Instagram Fazleyyaacob

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!