“Bila orang tengah lapar dipaksa menari” – Syamel

Sweet je min tengok pasangan suami isteri Syamel dan Ernie ni yang sedang menari. Entah tarian apa, min pun tak dapat nak teka. Tarian manja gedik  100% kot. Bersemut wehhh laptop min masa nak taip cerita pasal diorang ni. Orang baru kahwin, biasalah tu. Masih fasa fasa honeymoon giteww. Rasa nak baling handphone ni pun ada. Bukannya apa, cuma aksi mereka ni terlebih manis macam minuman Shuib Sepahtu Bubblebee tu. Hikhikhik. Rasa-rasanya yang single diluar sana pun rasa macam nak baling phone jugak ke?

Rasanya kepala min ni tak dapat berfungsi dengan baik dah. Yelah, dah bersarang dah semut dalam kepala ni. Apa tidaknya, hari-hari mesti nampak perkongsian selebriti yang beraksi manis dengan pasangan masing-masing.

Alaa, bukannya min jealous. Ada baiknya juga bersweet-sweet bagai dengan pasangan masing-masing, cuma jangan silap langkah cuba nak bermanja-manja dengan pelakor pula. Kang bini mengganas, jadi pahit terus. Min gurau sikit je ye Ernie dan Syamel. Hehe..

Video pendek berdurasi lebih kurang 30 saat yang dikongsikan menerusi akaun Instagram Syamel ini mendapat sebanyak 46,396 likes dan 526 komen. Wah, ramai nampaknya para peminat Syamel dan Ernie yang terhibur nampak ‘persembahan’ mereka ini.

Kelakar je min tengok aksi Syamel ni yang dipaksa menari oleh Ernie ni masa masa Syamel tengah lapar. Nakal juga Ernie ni ya, masa husband tengah lapar pun diajak menari juga sampai tah apa-apa tarian Syamel tu.

Sembarang je step Syamel ni, tersenyum je Ernie ek. Kelucuan kot tengok lakinya dengan step menari yang agak unik. Mesti lepas je habis menari, berpiring-piring nasi Syamel habis makan kan.

Netizen yang masih berstatus single ni memang tak pernah ketinggalan nak bagi komen dekat pasangan selebriti yang tengah bersweet-sweet ni kan.

Lihat saja pada komen warganet pada ruangan komen perkongsian Syamel ni, gelak berguling tau kalau nak baca satu per satu. Kihkihkih. Fans Ernie dan Syamel pun sempat juga komen nak baling fon, alaa, tak nak ketinggalan la tu meluahkan rasa dihati. Hehehe..

Rupa-rupanya, selain berbakat berduet nyanyian, pasangan yang baru berkahwin ni juga berbakat dalam duet menari seperti yang dikatakan salah satu followers Syamel.

Biasalah tu cik, mesti berkebolehan dalam semua perkara baru dapat mewarnai rumah tangga, kan Ernie dan Syamel?

Pasangan Ernie dan Syamel ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Mac tahun ini. Min nampak pipi Ernie tu makin bulat je, mungkin perkara normal buat mom-to-be ek? Ernie yang sudah mencecah umur 29 tahun pada tahun ini merupakan seorang penyanyi hebat sama macam husbandnya juga, Syamel.

Syamel ni walaupun muda setahun daripada Ernie, namun sudah berlambak anugerah yang diterimanya. Hebat kedua-dua pasangan ni, harap-harap anak mereka nanti akan mewarisi bakat ibubapa diorang ni.

Semoga Syamel dan Ernie terus berbahagia hingga ke anak cucu ye. Pasti comel anak korang berdua nanti ni kan, tak sabar rasanya nak tengok. Ernie jangan buuli Syamel tau. Kang keluar langkah silat semasa Ernie paksa Syamel menari nanti. Hehehe..

Sumber: Instagram Syamel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!