“Bibik makan meja lain, tak setaraf” – Netizen

Kekangan waktu disebabkan oleh waktu bekerja yang padat, kini ramai yang lebih memilih untuk mengambil pembantu rumah bagi meringankan sedikit beban pekerjaan di rumah. Walaupun pekerjaan sebagai seorang pembantu rumah sering dianggap sebagai suatu pekerjaan yang remeh dan rendah, tetapi tiada yang dapat membezakan taraf kedudukan manusiawinya di dunia. Kaya mahupun miskin, setiap manusia adalah sama sahaja.

Tidak pernah lari dari kontroversi dunia hiburan walaupun bukan bergelar artis yang mempunyai bakat tertentu, tetapi individu hebat ini sering menjadi tumpuan dari para netizen yang memerhatikan setiap langkah gerak-gerinya. Tidak perlu diperkenalkan lagi, Dato Seri Vida atau nama sebenarnya iaitu Hasmiza Othman ini merupakan seorang usahawan kosmetik terkenal negara.

Gossip dan kecaman yang silih-berganti melanda dirinya tetap diharungi dengan tenang oleh Dato Seri Vida hingga kini. Walaupun ramai netizen yang sering memberikan komen negatif terhadapnya, tetapi pasti ramai yang bersetuju bahawa tidak semua orang mampu menjadi kuat sepertinya apabila sering dipersalahkan oleh satu negara.

Membawa topik yang lain pula pada kali ini, sorotan video yang telah diambil oleh Dato Seri Vida ketika sedang menjamu selera bersama keluarga telah mendapat perhatian ramai.

Ini kerana tumpuan netizen pada video tersebut adalah tertumpu pada pembantu rumah Dato Seri Vida yang dilihat duduk berasingan meja walaupun meja utama Dato Seri Vida masih mempunyai banyak kerusi kosong.

Terkejut dan menidakkan komen negatif yang telah dilemparkan kepada dirinya, Dato Seri Vida telah memuatnaik video keterangan mengenai video yang sedang tular di media sosial Tiktok itu.

Video yang diambil bertujuan berkongsi detik berbuka puasa bersama keluarga itu ternyata telah disalahertikan pula oleh para netizen di luar sana.

Dato Seri Vida mengatakan bahawa pembantu rumahnya itu sudah dianggap seperti keluarga sendiri malah dia ketika itu sedang makan semeja bersama kakak Dato Seri Vida yang mesra dipanggil sebagai Mok Jah.

Ramai yang memberikan sokongan moral kepada Dato Seri agar menghiraukan sahaja kata-kata dan tomahan yang dilemparkan kepadanya disebabkan perkara ini.

Ramai juga yang berpendapat bahawa pembantu rumah dan majikan perlu mempunyai sedikit jarak agar tidak memakan diri di kemudian hari.

Betul apa yang dikatakan oleh ramai netizen di ruangan komen video dari Dato Seri Vida itu. Bulan Ramadhan ini lebih elok jika Dato Seri fokus kepada keluarga dan ibadah sahaja. Duduk di mana sahaja pun tidak menjadi masalah asalkan mampu berbuka puasa dengan tenang dan gembira.

Sumber: Instagram Dato Seri Vida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!