Betul2 plot twist, rupanya selama ni Ruzita yg jadi spy kpd Ean

Setelah mengikuti drama Takdir Yang Tertulis untuk beberapa episod, malam tadi merupakan episod yang beremosi apabila Ruhila akhirnya menyerah setelah tidak mampu menghalang kasih sayang Mika kepada Juweta. Sebagai seorang ibu, Ruhila juga mengerti bahawa beliau tidak mampu menghalang kasih sayang yang telah wujud antara Mika dan Juweta. Mika telah dijaga oleh Juweta sejak dari kecil dan Juweta adalah individu yang selama ini telah membesarkan Mika.

Tindakan yang dilakukan Ruhila tanpa berbincang dengan suaminya Azlan menyebabkan Azlan jauh hati dan merasakan Ruhila tidak mementingkan perasaan beliau sebagai bapa kepada Mika.

Azlan yang kecewa dengan layanan yang diterima dari Ruhila selama ini mula mengesyaki bahawa Ruhila sebenarnya tidak ikhlas untuk berkahwin dengan beliau dan sebenarnya mempunyai alasan lain.

Dalam masa sama cinta antara Ruhila dan Ean seolah-olah berputik kembali setelah hubungan yang pernah terjalin ketika di zaman universiti itu terputus di tengah jalan apabila Ruhila mendapat tahu Ean berlaku cvrang di belakangnya.

Ean yang seolah kembali menagih cinta lama dengan Ruhila terkejut apabila Ruhila menuduh beliau berlaku cvrang dengan beliau di mana menguatkan lagi tekaan netizen bahawa Ean telah diperangkap oleh seseorang sebelum ini untuk memisahkan hubungan beliau dan Ruhila.

Azlan masih belum mengetahui hakikat sebenar bahawa Mika bukanlah anak kandung beliau dan Ruhila. Ruhila hanya memperalatkan dirinya untuk menutup malu akibat mengandungkan anak Ean kerana masih belum berkahwin waktu itu.

Azlan yang mengahwini Ruhila atas dasar cinta tidak mengetahui bahawa Ruhila hanya mahukan beliau menjadi pak sanggup dan tidak mempunyai perasaan terhadapnya selama ini.

Ruhila yang menyangka selama ini tiada siapa mengetahui mengenai rahsia besar beliau dimana Mika merupakan anak kandung beliau dan Ean selain ibunya Che Salmah ternyata silap apabila episod malam tadi mendedahkan bahawa sebenarnya Ruzita juga turut mengetahui hakikat berkenaan.

Dalam diam, di belakang Ruhila dan Che Salmah sebenarnya Ruzita telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Ean.

Menerusi Instagram story, pelakon yang membawakan watak Ruzita iaitu Iman Suhana telah berkongsi babak di mana beliau telah membocorkan rahsia mengenai Mika yang merupakan anak kandung Ean semasa pertemuan beliau dengan Ean.

Tindakan Ruzita berkenaan mendapat pujian daripada para penonton tegar drama tersebut kerana akhirnya disebalik watak ting tong yang dibawakan oleh beliau dalam drama berkenaan rupa-rupanya beliau memegang rahsia besar di sebalik konflik antara para teraju utama drama itu. Berikut dikongsikan beberapa reaksi netizen terhadap babak berkenaan.

Banyak betul plot twist dalam drama Takdir Yang Tertulis ni. Setiap episod satu persatu rahsia terungkai hingga membuatkan para penonton ternanti-nantikan episod yang seterusnya.

Sekarang ni penonton dah tak sabar tak tengok reaksi Azlan pula bila dapat tahu Mika bukanlah anak kandung beliau. Hasil naskah dan buah tangan pengarah drama tersohor Shahrulezad semenangnya tidak mengecewakan.

Sumber: ig iman suhana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*