“Betul ke ni tk sangka, apapun alhamdulillah dah btemu jodoh” – Netizen

Siapa sangka diam tak diam, si kecil molek dan tinggi lampai, memiliki kulit yang mulus serta halus ini sudah mendirikan rumah tangga. Dalam aktif mengikut misi bantuan kemanusiaan, penyanyi dan pelakon Heliza Helmi dipercayai baharu sahaja menikah dengan lelaki pilihannya. Itu perkongsian pendakwah dan pensyarah, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim sebentar tadi.

Dalam hantaran di medsos beliau, Dr Izhar mengucapkan tahniah kepada pasangan ini yang dikhabarkan beliau bahawa lelaki itu adinda keduanya yang bernama Mahadi (Datuk Seri Mahadi Bz) yang bernikah dengan Heliza hari ini.

Dalam hantaran sama, beliau menyatakan kesyukuran kepada Allah setelah sekian lama menyimpan ‘rahsia’ mereka berdua. Padanlah senyap sahaja Ya. Pandai abang simpan rahsia.

Pada masa sama Dr Izhar memohon maaf kerana tak dapat hadir hari ini berikutan berada di kuar kawasan… ‘Esok kita jumpa ye..’, antara coretannya di status dimuatnaik bersama foto pasangan itu yang berbaju nikah serba putih.

Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada Heliza dan Mahadi. Moga rumah tangga kekal hingga ke jannah. Pasti ramai peminat dan pengikutnya tidak sangka, akhirnya Heliza bertemu jodoh.

Yalah… selama ini yang banyak dikongsikan Heliza kepada umum hanya perihal misi kemanusiaan dan kegiatan seninya. Ini agaknya dikatakan diam-diam ubi berisi. Mujurlah Dr Izhar bekongsi cerita. Pastinya mereka ada alasan sendiri.

Lelaki pilihan hati Heliza juga bukan kaleng-kaleng. Juga merupakan seorang yang dikenali terutama dalam bidang keusahawanan dan kewangan, ramai mengucapkan tahniah tidak menyangka jodoh antara mereka kan…

Untuk info, Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi, lahir 3 Februari 1986 merupakan peserta Akademi Fantasia Musim ke-5. Berbekalkan pengalaman dan bakat beliau dalam menyanyi dan mendeklamasi sajak, beliau aktif melebarkan sayapnya selepas itu.

Siapa Datuk Seri Mahadi Bz ???? Selain Pencetus IDEA Projek Mustang, Dato Sri Mahadi merupakan Top 10 Asia 2017 Leading Financial Guru, OIC Jewels Of The Musl1m Award 2019, 100 Top Young Ceo Award 2019, Malaysia Top Achiever Award 2017, Anugerah Personaliti Usahawan Malaysia 2017 dan pelbagai lagi. Wow…

Sumber : Ig Dr Mohd Izhar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!