“Best kitty berlakon, kelakor tang bat0k tuu”- Siti Saerah

Nama Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi tetapi yang uniknya beliau didalam lakonan. Wah, lakonan siaran langsung pula tu. Sangat menarik.  Bukan sahaja hanya berlakon,malah menyanyi sambil berlakon. Hebat sungguh Dato Siti, memang seorang yang berbakat besar dan mempunyai anugerah yang terindah. Bukan sahaja berlakon biasa tetapi bersiaran langsung dalam Sepahtu Reunion. Melawak pun boleh ye Dato Siti. Hebat betul beliau.

Mengaku tidak pandai berlakon, membuatkan beliau nampak lebih humble. Malah setiap kata yang keluar dari mulutnya ketika bersiaran langsing membuat penonton ketawa terhibur.

Beliau juga percaya dengan bantuan yang lain membuatkan beliau nampak pandai berlakon dan dengan keserasian para pelakon juga. Awal Ashaari juga terlibat dalam siaran langsung tersebut.

Mungkin kerana rasa hormat mereka, lakonan Dato menjadi real. Dan mereka juga bekerjasama dengan baik dan lakonan Dato menjadi hidup.

Bukan itu sahaja, beliau kena menukar baju sebanyak 5 kali didalam satu cerita semasa siaran langsung. Amat sukar sama macam buat konsert. Kata beliau.

Dato Siti yang kini sudah mencapai usia 43 tahun namun maintain masih muda dan gojes. Beliau masih mempunyai kelunakan suara yang tidak ada sumbangnya.

Komen yang diberikan semua memuji Dato, pandai juga berlakon. Ada juga yang terhibur dan tergelak tatkala Dato melawak.

Begitu juga kakaknya, Siti Saerah yang memberikan komen terhibur dengan lakonan adiknya. Dah pandai berlakon pula. Ini komen netizen.

Jika Tokti sudah suka dunia lakonan apa ke salahnya. Mungkin selepas ini dunia drama pula. Semoga dimurahkan rezeki Tokti lagi lepas ni.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!