” Besarnya perut, dah macam kembar ” – Tak sangka ini jawapan Elfira Loy

Foto terbaharu pelakon Elfira Loy menunjukkan keadaan terkini dirinya yang sedang sarat hamil telah menjadi perhatian warganet. Beberapa keping foto Elfira dikongsi menerusi akaun Instagram miliknya. Foto tersebut diambil ketika dia menghadiri sebuah anugerah anjuran Herald Global dan Elfira memenangi anugerah Asia’s Most Admired Leaders. Rata-rata terkejut melihat perubahan Elfira, lebih-lebih lagi perutnya yang semakin membesar.

Malah ramai yang memberi komen serta menjangkakan dia bakal melahirkan bayi kembar.

“Besarnya perut, dah macam twins pula.

“Dah berapa minggu? Big tummy macam preggy twin.

“Alhamdulilah, besar perut Elfira. Twin agaknya,” komen-komen pengikutnya.

Pun begitu, Elfira tidak berdiam diri dia telah membalas salah satu komen yang menjangkakan dia sedang hamil bayi kembar.

“Big tummy doesn’t meant preggy twins,” jawabnya. Elfira tetap mngalkan jawapan ‘selamat’ kepada peminatnya.

Selain itu, ramai juga menjangkakan Elfira bakal menimang cahaya mata perempuan berdasarkan bentuk perutnya.“Looks like someone gonna have a baby girl,” komen pengikutnya.

Elfira sekali lagi tampil membalas komen tersebut.“Syiriklah hahaha,” jawabnya berseloroh. Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019.

Sementara itu, Bakal menyambut cahaya mata sulung pada Oktober ini, Elfira Loy sangat teruja untuk melakukan persiapan serta keperluan anaknya yang bakal lahir itu.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Elfira berkata dia teruja untuk menyediakan bilik untuk anaknya namun dalam masa sama memerluukan perancangan supaya dia tidak berada dalam tekanan.

Dalam pada itu, Elfira berkongsikan dia banyak membaca mengenai proses kehamilan, penyusuan dan perkara lain tentang bayi. Malah, Elfira turut bertanyakan kepada peminatnya untuk kongsikan pengalaman mereka menyambut cahaya mata.

“Lagi dua bulan. Tapi saya tak sediakan apa-apa lagi. Saya begitu teruja untuk sediakan bilik nurseri, beli keperluan untuk bayi. Tapi saya perluukan rancangan supaya saya tak stress.

“Saya juga perlu banyak membaca mengenai kehamilan, penyusuan dan segalanya tentang bayi.

“Bagaimanapun pula dengan pengalaman anda? Apa perkara yang membuatkan korang rasa dah lengkap, tapi lepas dah beranak baru macam “oh saya lupa tentang ini, saya lupa tentang itu”. Kongsikan dengan saya,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata peminatnya memberikan tips kepada Elfira untuk menjaga pemakanan, emosi dan kesihatan untuk kebaikan anak yang bakal lahir kelak.

Apa pun kami mendoakan semoga proses kelahiran cahaya mata sulung Elfira dipermudahkan dan berjalan lancar.

Sumber : gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*