Berubah karakter bila dpt Mic, dlm pemalu blh thn crack jgk suami Ain Edruce

Pengacara dan pelakon Ain Edruce begitu terkenal dengan sikap giila-giila dan masuk airnya. Umum memang mengetahui karakter Ain yang sentiasa happy go lucky dan sering terhibur dengan gelagatnya. Mempunyai saluran Youtubenya sendiri sejak berkahwin, Ain sering memuatnaik aktiviti yang dilakukan bersama suami Amirul Hafiz. Sebagai seorang ahli perniagaan, Amirul mungkin tidak begitu terdedah dengan dunia hiburan dan tidak pandai memberikan reaksi apabila berhadapan dengan kamera.

Ain telah bernikah dengan Amirul pada 13 Disember 2019 dan kini menanti kehadiran anak sulung apabila mengumumkan dirinya hamil November lalu. Ain berkongsi berita kehamilan itu dalam video yang dimuat naik di YouTube.

Ain yang hamil empat bulan menyifatkan dia membuat keputusan untuk mengumumkan berita berkenaan kepada semua ‘subcriber’ di salurannya kerana menganggap mereka seperti keluarga.

Kerap kali berkongsi video di media sosial bersama suami para peminat terhibur dengan reaksi yang diberikan Amirul kerana sentiasa kelihatan pemalu dan blur ketika melayani perangai giila-giila Ain.

Hubungan pasngan suami isteri ini bagai saling melengkapi apabila Ain dengan karakter beliau yang masuk air manakala Amirul pula agak pendiam. Ain bersyukur dikurnia suami sangat memahami dan menyokong dirinya dalam kerjaya.

 

Kehidupan rumah tangga golongan selebriti sentiasa menjadi perhatian ramai. Apatah lagi, apabila aktiviti bersama suami atau isteri turut dikongsikan di media sosial. Ain mengakui dalam kehidupan suami dan isteri memang perluukan tolak ansur.

Muatnaik video terkini bersama suaminya menyanyi karoke di rumah, apa yang mengejutkan ialah suaminya Amirul seolah-olah telah berubah karakter dengan membuat persembahan nyanyian kepada rakan-rakan mereka.

Amirul kelihatan sangat selesa dan menikmati suasana tersebut apabila rakan-rakan mereka juga turut bernyanyi bersama.

Ramai yang tidak percaya apabila melihat Amirul bernyanyi dengan penuh perasaan seolah sudah dirasuk. Mungkin juga apabila sudah memegang mic secara automatik Amirul berubah karakter. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen yang terkejut dengan perubahan ketara Amirul.

Para peminat yang menyaksikan video berkenaan terkejut melihat perubahan Amirul yang sebelum ini tidak pernah menunjukkan perangai gila-gila beliau.

“Hahahahah betul ke Amirul yg menyanyi tue” – Netizen

“Ahhahahahha terus lupa diri dpt mic “ – Netizen

“Pastikan roh yang ada dlm bdn amirul xkeluar smpai bila2 sekian maceh hepy new year” – Netizen

“Amirul dah berubah” – Netizen

Amirul pun sudah terpengaaruh agaknya dengan perangai masuk air Ain Edruce ni. Mesti penuh warna warni kehidupan anak kepada pasngan ini yang bakal lahir nanti kerana mengikuti perangai ibu dan bapanya.

Sumber: Instagram ainedruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*