“Bertuahnya Alif dpt isteri mcm Bella, mcm2 present dpt walau dh mcm2 hal buat. Hargailah isterimu” – Netizen

Kehidupan berumahtangga pasti akan ada pasang surutnya. Seperti kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula pasngan suami dan isteri. Tempoh pernikahan tidak menjamin kebahagian sekiranya tidak wujud sikap untuk sudi tolak ansur serta mengalah dalam diri pasngan masing-masing. Buat pasngan Bella Astillah dan Alif Aziz kisah rumahtangga mereka berdua juga pernah dilanda badai sebelum ini.

Sikap Alif Aziz sendiri ketika itu yang seolah tidak serik membuat “perangai” juga tidak membantu untuk menjernihkan kembali hubungan pasngan berkenaan sehingga Bella akhirnya membuat keputusan untuk bercrai.

Luahan hati Bella Astillah sebelum ini mengundang rasa simpati netizen terhadap nasib yang menimpanya kerana perbuatan cuurang itu telah dilakukan oleh Alif dan kntoi dengan wanita lain.

Bagaimanapun demi kebaikan anak, Bella akhirnya telah dilaporkan berbaik semula dengan Alif Aziz dalam tempoh edah dan sedang mengandung anak kedua.

Pengakuan secara mengejut tersebut di buat pelakon berkenaan setelah beliau tidak mampu untuk menafikan usia kandungan ketika itu yang sudah semakin sarat.

Pasngan ini juga telah berpisah hampir setahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan sejak Mac tahun lalu. Bella yang ketika itu sedang mengandung anak kedua terpaksa melalui proses kehamilan dan berpantang tanpa kehadiran suami tersayang. Namun pasngan berkenaan akhirnya kembali bersatu pada bulan Disember 2020.

Walaupun bertubuh kecil molek namun ketabahan dan kesabaran yang dimiliki oleh Bella sangat besar dan cukup dikagumi oleh para wanita yang bergelar isteri. Tidak semua wanita mampu menjadi seperti Bella yang mempunyai hati yang sangat mulia. Walaupun Alif pernah menyakiti hatinya berkali-kali sebelum ini namun beliau tetap mampu memaafkan suaminya itu.

Menerusi muatnaik terkini di Instagram beliau, Bella membuat ucapan kepada Alif sempena hari kelahiran suaminya itu.Tanggal 16 Februari merupakan tarikh kelahiran Alif Aziz dan acara sambutan ulang tahun kelahiran berkenaan di buat secara kecil-kecilan di rumah pasngan tersebut.

Alif juga telah menerima beberapa hadiah mewah daripada Bella dan keluarga Bella.

Menjengah keruangan komen, netizen cukup kagum dengan sifat baik hati yang dimiliki oleh Bella. Beberapa netizen berpendapat Bella merupakan wanita yang sangat penyayang. Walau apapun yang terjadi Bella tetap bersabar dan setia bersama Alif.

Netizen mendoakan agar pasngan ini juga beroleh kebahagiaan yang berkekalan dan mengucapkan selamat hari lahir buat Alif.

Rata-rata netizen meminta Alif agar sentiasa muhasabah diri supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama dan sentiasa menghargai isterinya itu.

Wanita seperti Bella boleh diumpamakan seperti satu dalam sejuta. Berikut dikongsikan respon Alif Aziz dan beberapa komen yang ditulis netizen di perkongsian tersebut.

“Dapat isteri yg baik & pemaaf, maka hargailah. Ramai dah yg kehilangan pasngan kerana dipanggil Ilahi. Hanya rindu yg tak bertepian lepas tu. Happy bornday . May Allah ease everything for you & family. Aamiin” – Netizen

“I kira ii tu hadiah abg alif dlm rm20k jgk lah rasanya” – Netizen

“Perghh hadiah ps5… ni btl2 istri idaman para suami nih. Happy birthday “ – Netizen

“Happy Birthday Aliff. Semoga terus dikurniakan kesihatan yg baik, dimewahkan rezeki, dipanjangkan kebahagiaan dunia akhirat bersama keluarga tersayang dan semoga Alif and bella serta keluarga sentiasa dilindungi dan dalam kasih sayang Pencipta” – Netizen

“Hadiaaahhhhhhhhh2 nya tu bah meletoppppp” – Netizen

Manusia hanya mampu merancang namun tuhan menentukan segalanya. Bella dan Alif akhirnya berdamai demi anak mereka dan kini Bella bahagia dengan pilihan beliau untuk menyelamatkan rumahtangganya.

Setiap manusia di berikan dugaan dan ujian yang berbeza mengikut kemampuan masing-masing. Sukar untuk memahami sesuatu perkara sekiranya masih belum melalui keadaan tersebut.

Begitu juga dengan apa yang telah dilalui oleh Bella. Kuat dan teguhnya kasih sayang beliau buat suami tercinta rasanya tidak mampu dibalas dengan wang ringgit atau apa-apa sekalipun.

Sumber:  ig Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*