Berpelukan dan berpegangan tgn ketika beli brg dapur, ramai impikan relationship goal spt Noorkatini dan suami

Nama Datin Noor Kartini pernah tular bulan lalu ekoran kontroversi pendaftaran produk keluaran syarikat beliau iaitu Daging Harimau Menangis. Walaupun ibu kepada selebriti Noor Neelofa ini menerima beberapa kritikan tajam namun semua itu tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus maju dan berusaha lebih kuat lagi dalam perniagaan beliau. Beliau menganggap ujian seperti itu sudah menjadi asam garam buat sesiapa yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Selain daripada produk Daging Harimau Menangis, Datin Noor Kartini juga mengeluarkan produk barangan kecantikan menerusi jenama Young and Glow. Mengambil anak sendiri iaitu Ameera Khan sebagai model jenama Young and Glow, Datin Noor Kartini cukup bertuah kerana dikurniakan anak-anak yang sangat cantik dan bijak.

Figura wanita yang telahpun mencecah usia 55 tahun ini ternyata kelihatan lebih muda daripada usia sebenar beliau. Bagai tidak percaya bahawa wanita sembilan anak ini sudahpun menjangkau usia 50an. Beliau yang meminati bidang kecantikan juga sering menitik beratkan penampilan diri agar sentiasa tampil menawan.

Menurut wanita kelahiran Pasir Mas Kelantan ini lagi beliau tidak mengamalkan sebarang petua dan hanya mengamalkan tips ringkas dimana beliau sentiasa mewajibkan dirinya minum secawan air putih sejurus sahaja beliau bangun daripada tidur.

Malahan Datin Noor Kartini juga berkata beliau tidak suka menyimpan sebarang perkara negative di dalam hati agar kekal positif. Datin Noor Kartini menambah cerita-cerita negative dan tidak penting adalah perkara yang tidak penting dan tidak perlu untuk beliau fikirkan.

Menerusi muatnaik terkini di Instagram beliau, Datin Noor Kartini telah memuatnaik sebuah video dimana beliau dan suaminya Dato Abdul Halim Khan telah meluangkan masa bersama untuk membuat aktiviti harian.

Di sebalik kesibukan sebagai ahli perniagaan namun pasngan ini masih sempat meluangkan masa mencuri masa berkualiti membuat aktiviti harian bersama-sama. Menerusi entri tersebut juga Datin Noor Kartini telah menitipkan kata- kata romantis buat suami tersayang.

Kehidupan berumahtangga pasti akan ada pasang surutnya. Seperti kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula pasngan suami dan isteri.

Datin Noor Kartini juga pernah melalui kegagalan rumahtangga setelah bercrai dengan bapa Neelofa iaitu Mohd Noor. Sudah pasti pengalaman lalu telah memberi beliau banyak pengajaran dalam kehidupan.

Menjengah keruangan komen, netizen cukup kagum dengan pasngan tersebut yang kelihatan sangat mesra dan seolah-olah masih hangat bercinta. Datin Noor Kartini juga sangat aktif di media sosial dan sebelum ini beliau juga sering memuatnaik aktiviti bersama suaminya seperti meluangkan masa untuk keluar makan bersama.

Di kala beberapa pasngan muda masa kini menghadapi pelbagai masalah rumahtangga namun rezeki buat Datin Noor Kartini kerana rumahtangga yang dibina oleh beliau bersama Dato Abdul Halim Khan masih kekal utuh sehingga hari ini.

Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Tempoh pernikahan adakalanya tidak menjamin sebarang kebahagiaan andainya tidak wujud sikap untuk saling bertolak ansur serta mengalah dalam diri pasngan masing-masing. Ramai yang kagum dengan hubungan kekeluargaan yang ditunjukkan oleh keluarga mereka. Semoga hubungan pasngan ini berkekalan dan bahagia selalu hendaknya.

Sumber:  ig noorkartini

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*