“Berpantang pun sibuk uruskan majlis, tak senang hati kalau tak sempurna” – Tokti

Menerusi Instagram, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza baru sahaja mengumumkan nama anak keduanya setelah genap 7 hari kelahiran. Bayi lelaki yang dilahirkan pada hari ketujuh dimana umat islam menyambut Ramadhan itu telahpun diberikan nama sebagai Muhammad Afwa. Tokti menjelaskan bahawa beliau dan suami sepakat memberikan nama tersebut kepada anak mereka kerana Muhammad Afwa membawa maksud keampunan dan kemaafan.

Menurut Tokti lagi, tambahan pula kelahiran anaknya itu adalah di dalam bulan Ramadhan iaitu bulan dimana umat islam memohon keampunan dan kemaafan. Di dalam doa malam Lailatur Qadar juga turut menyebut mengenai Afwa.

Sebelum ini Tokti pernah mendedahkan bahawa kandungan kedua beliau ini merupakan kembar kepada Aafiyah. Bayi dalam kandungan beliau itu merupakan embrio yang terjadi pada hari yang sama dengan Aafiyah semasa beliau menjalani rawatan IVF 3 tahun yang lepas.

Tokti juga menjelaskan bahawa Afwa adalah pelengkap kepada Aafiyah dan terdapat di dalam doa yang dipilih beliau bersama suami iaitu doa lengkap afiyah sebelum ini.

Hari ini setelah genap 7 hari kelahiran buah hati kedua, di samping memperkenalkan anaknya dan mengumumkan nama Tokti juga telah mengadakan majlis ringkas bertahnik dan maulud buat Muhammad Afwa.

Menerusi Instagram story Tokti telah ditegur sahabatnya kerana begitu sibuk menguruskan majlis tersebut walaupun dirinya masih dalam tempoh berpantang.

Memberikan maklumbalas, Tokti berkata beliau tidak senang hati jika majlis tersebut tidak sempurna dan tidak berjalan lancar.

Sebelum ini Tokti pernah berkongsi hasrat dan harapan yang amat besar buat anak lelakinya itu.

Selain mengharapkan anak lelakinya itu menjadi anak yang soleh dan menjadi pemimpin, Tokti juga berdoa agar anaknya agar mampu menghafaz Al-quran dan mampu menjaga dirinya apabila sudah tua kelak.

Indah sungguh maksud nama yang Tokti dan Datuk K pilih untuk anak-anak mereka. Mudah-mudahan doa dan harapan Tokti tersebut dimakbulkan suatu hari nanti.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*