“Berkurun dah nama daging harimau menangis ni, dan2 dia guna terus nk claim” – Netizen

Musim pandmik yang sedang melanda negara kita sekarang membuatkan orang ramai mula mencari pelbagai altenatif untuk mencari pendapatan sampingan. Oleh itu ramai para peniaga yang mula menceburi bidang perniagaan makanan. Ada yang mula membuka gerai makanan dan juga menjual menerusi dalam talian. Pelbagai jenis makanan termasuk makanan sejuk beku juga sudah banyak dijual secara dalam talian.

Umum juga mengetahui mengenai resepi popular Daging Harimau Menangis yang cukup popular di Thailand. Ramai yang mengambil kesempatan untuk mula mengedarkan produk tersebut di Malaysia.

Ini termasuklah Datin Noor Kartini yang merupakan ibu kepada bekas pengacara Meletop iaitu Neelofa. Noor Kartini yang mula menjual daging tersebut secara sejuk beku dibawah jenama Aunty Tini Kitchen.

Produk keluaran Datin Noor Katini semakin mendapat permintaan yang tinggi dan menjadi sebutan setelah mendapat liputan meluas media. Video masakan beliau di internet juga sering menjadi rujukan warganet.

Datin Noor Kartini membuat keputusan untuk mendaftarkan produk keluarannya iaitu Daging Harimau Menangis itu di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

 

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Azrul Haqim, beliau meluahkan rasa kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan Datin Noor Kartini kerana nama daging itu merupakan nama yang telah digunakan sekian lama dan bukanlah hasil buah fikiran Datin Noor Kartini.

Tindakan ibu Neelofa itu turut mendatangkan rasa kurang senang buat segelintir netizen kerana nama tersebut telah digunakan sejak sekian lama secara meluas sebelum Datin Noor Kartini mengeluarkan produk sejuk beku daging itu.

Beberapa tangkap layar yang memaparkan pendaftaran produk Datin Noor Kartini itu telah tersebar dan dikatakan perdaftaran tersebut masih dalam proses dan belum diluluskan.

Segelintir netizen meminta supaya bantahan dibuat kerana tindakan Datin Noor Kartini akan membuatkan para peniaga kecil yang turut sama mengeluar dan menjual produk Daging Harimau Menangis tidak lagi boleh cari makan dan perniagaan mereka bakal terjejas.

Warga twitter juga mengkritik Datin Kartini kerana seolah-olah hanya mahu mengaut keuntungan sendiri dengan mempatenkan nama tersebut dan tidak membenarkan orang lain untuk berniaga produk yang sama dengan beliau.

“Bukan anak dia, mak dia weh. Yaa depa trademark kan nama tu, suruh org guna nama lain harimau mengilai ke beranak ke” – Netizen

“Ya Allah Semua nak claim …xboleh la mcm Tu..kalau mcm Tu..sya nak trademark kuih badak berendam..mestilah X boleh…

myIPO pun satu..knp la X check dulu…org lain kemain Susah nak trademark…yg ni senang pulak …kesian peniaga lain..” – Netizen

“Boleh challenge di myIPO before approval. Berikan materials to prove that the name has been widely used for many years analogous to Badak Berendam.” – Netizen

“Is it will be the same thing for daging harimau menangis yang noor kartini patenkan? If people justify nama akan diubah ke?” – Netizen

“Mcm depa paling terkesan, yang kaya semakin kaya yg susah makin susah” – Netizen

“Overlah mak lofa ni. Niaga lah sama2 cari rezeki. Hati kena bersih” – Netizen

“Kacau rezeki orang, daftar la nama daging harimau buat apa kau menangis disini, pergi kau menangis di sana. Baru xde org bising” – Netizen

“Lah kita orang yang supplier daging ni dah puluh tahun mmg panggil bahagian daging tu harimau menangis lol takkan nak kena tukar nama pula hahahahah.” – Netizen

Bagaimanapun perkara ini hanya tersebar di internet dan masih belum mendapat kesahihan daripada pihak Datin Noor Kartini sendiri. Sebelum kita menjatuhkan hukuman kepada tuan empunya diri, lebih baik kita menunggu penjelasan lanjut daripada pihak yang terlibat terlebih dahulu.

Sumber: twitter azrulhaqim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*