Berkat ci0m ketiak isteri, Ayda Jebat kini hamil anak pertama

Sudah hampir dua bulan Ayda Jebat atau nama sebenar beliau Nur Suhada telahpun selamat bergelar isteri kepada pengacara dan model Nabil Mahir atau nama sebenar beliau Ahmad Nabil bin Ahmad Mahir. Tarikh 1 Januari yang lalu menyaksikan Ayda Jebat dan Nabil Mahir telahpun memeterai tali pertunangan mereka dengan ikatan pernikahan yang sah.

Keputusan memilih tarikh 1 Januari berkenaan dibuat agar memudahkan mereka berdua mengingati hari bahagia. Memandangkan Ayda seorang yang susah untuk mengingati tarikh maka tarikh tersebut sememangnya pilihan yang sangat tepat buat pasngan ini.

Setelah berkahwin, pasngan ini juga tidak terlepas berdepan dengan beberapa kontroversi apabila Ayda pernah mendedahkan sikap Nabil yang terlalu manja dan mahu sentiasa berkepit dengan dirinya.

Video yang memaparkan adegan yang kurang manis itu turut mendapat perhatian netizen yang merasakan perbuatan mendedahkan perihal rumahtangga kepada khalayak sebagai tidak wajar.

Ayda meluahkan rasa kesyukuran beliau dengan kehidupan beliau sekarang yang telah bergelar seorang isteri kepada Nabil. Setelah berkahwin pasngan ini juga telah menceburi bidang perniagaan dengan mengeluarkan produk minuman dan kini sedang rancak mempromosikan produk minuman tersebut menerusi Instagram masing-masing.

Bercakap soal anak, Ayda Jebat sebelum ini pernah memberikan beberapa bayangan menerusi perkongsian di Twitter apabila mengucapkan rasa syukur di atas kurniaan rezeki yang diberikan tuhan untuk dirinya sekitar awal Februari lalu.

Bagaimanapun hari ini Mstar menerusi laman webnya melaporkan bahawa pasngan berkenaan bakal menerima cahaya mata sulung apabila mendedahkan Ayda Jebat telah pun hamil. Dipetik daripada sumber Mstar, penyanyi lagu P4rah itu telahpun menemui pakar perbidanan dan skit puan di Pusat Perubatan Prince Court.

Artikel Mstar itu telah dikongsikan semula oleh instagram peminat mereka inaijari. Walaupun berita mengenai kehamilan Ayda Jebat masih belum mendapat sebarang kesahihah daripada tuan empunya badan namun sebagai peminat dan para pengikut akaun Instagram pasngan ini pastinya amat gembira mendengarkan perkhabaran tersebut.

Berkemungkinan besar di sebabkan usia kandungan yang masih lagi baru menyebabkan pasngan tersebut mengambil langkah untuk berdiam diri dan masih belum bersedia untuk membuat pengumuman kepada para peminat mereka.

Tambahan pula sebagai pengalaman pertama bakal bergelar ibu, Ayda Jebat perlu memperbanyakkan rehat demi menjaga kandungan dengan baik serta menambah ilmu demi kelancaran sepanjang proses kehamilan selama 9 bulan nanti.  Berikut dikongsikan ucapan tahniah dan syukur daripada para peminat.

Sebelum ini Nabil pernah berkongsi hasratnya ingin memiliki 13 orang anak kerana menggemari nombor tersebut. Beliau dan Ayda sememangnya sukakan budak-budak dan Ayda juga tidak mempunyai masalah sekiranya dikurniakan zuriat segera. Impian Nabil bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Mudah-mudahan kandungan Ayda Jebat membesar dengan selamat dan sempurna.

Sumber: ig mstar dan inaijari

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*