Berjuang demi hak penjagaan anak, netizen doakan Dato Vida menang

Besar dugaan buat seorang yang bergelar ibu tunggal seperti Dato Vida. Setelah sekian lama kedua-dua anaknya tinggal bersama beliau, kini Dato Vida berhadapan tuntutan hak penjagaan anak oleh bekas suaminya. Tular sebelum ini bahawa bekas suaminya itu mendakwa Dato Vida menghalang untuk bertemu anak-anak. Oleh itu sehingga kini bekas suaminya itu tidak berpeluang untuk berjumpa dengan kedua-dua anaknya.

Walaubagaimanapun Dato Vida menegaskan bahawa dalam isu berkenaan kedua-dua anaknya iaitu Cik B dan Kacak sendiri yang tidak mahu berjumpa dengan bapa mereka.

Dato Vida tidak mahu memaksa anak-anak melakukan sesuatu perkara yang mereka berdua tidak suka dan tidak wajar untuk menuduh Dato Vida yang menghalang anak-anak sedangkan anak-anak sudah meningkat remaja dan mampu untuk membuat pilihan mereka sendiri.

Nama Cik B kini sedang meningkat naik dan beliau juga baru sahaja membina kerjayanya dalam bidang hiburan sebagai pelakon dan penyanyi. Cik B juga sedang dalam pertandingan Muzikal Lawak Superstar. Mudah-mudahan emosi dan persembahan beliau tidak terjejas dengan masalah sebegini.

Dato Vida sebelum ini pernah di asak oleh beberapa pengamal media mengenai isu tuntutan hak penjagaan anak namun beliau sendiri menyatakan bahawa sedang dalam keadaan terkejut dan keliru dengan apa yang sedang berlaku. Dato Vida berkata apa sahaja tindakan beliau selepas ini hanyalah demi kselamatan anak-anak.

Dato Vida berkongsi sebuah gambar terkini dimana beliau dalam perjalanan untuk pulang ke Kota Bharu kerana terpaksa menghadiri k3s tuntutan hak penjagaan anak-anak yang dibuat oleh bekas suaminya di mahkamah Kota Bharu.

Gambar tersebut memaparkan beliau menggenggam erat tangan Cik B seolah-olah tidak mahu dan tidak sanggup melalui proses k3s tuntutan hak penjagaan kedua-dua anaknya itu.

Dato Vida turut membuat caption meminta supaya urusan beliau dipermudah dan memohon agar para pengikut instagram beliau mendoakannya.

Rata-rata netizen juga mendoakan Dato Vida untuk terus tabah dan sabar menempuh dugaan dalam kehidupan beliau.

Netizen juga berharap Dato Vida memenangi hak tuntutan penjagaan Cik B dan Kacak kerana sudah sekian lama anak-anaknya itu tinggal bersama beliau. Sudah pasti Dato Vida akan merasa sedih sekiranya terpaksa berpisah dan berjauhan dengan anak-anak.

“cuba kalau mereka tu berpampers bersusu lagi.. Nak dtg Tuntut ke..??? Lambertttt lagi…” – Netizen

“betul tu.. sb bdk2 tu dh ada income… nak duit la apa lagi….” – Netizen

“Semoga di permudahkn segala urusan dsv cikb Dan kacak….Amin” – Netizen

“hak tu sememangnya layak untik dato sri dah sampai bila2.. maybe pihak sana cuma nk jumpa anak2 dia sesekali saja kot… moga dipermudahkan urusan” – Netizen

“Saya harap dato’ menang, suka tgkk Dato’ satu family yg skrg , aaaminnnn” – Netizen

“Rasa nya cik b dgn kacak mesti xnk dduk dgn ayah mereka.. kalau la hak penjagaan dia dpt pon.. mesti cik b dgn kacak xnk.. jd bknn senang nk paksa..” – Netizen

“Confirm la si ibu dapat hak penjagaan,tengok la mcm mane jaga” – Netizen

Kami semua mendoakan semoga segala urusan Dato Vida untuk melalui proses k3s tuntutan tersebut dipermudah.

Sememangnya tidak mudah menjadi Dato Vida. Begitu besar dugaan yang terpaksa beliau lalui dalam kehidupannya. Semoga Dato Vida memenangi k3s tersebut.

Sumber: Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*