Berduet bersama di pentas Lagu Cinta Kita, netizen pulak jd juri “sekolahkan” Ajai dan Mas Idayu

Lagu Cinta Kita telah melabuhkan tirai dengan menyiarkan episod terakhir malam tadi. Juara telah dimenangi oleh pasngan Nadeera dan Khareez. Diserikan dengan pengacara versatile Azwan Ali dan Elly Mazlein, rancangan tersebut mendapat perhatian apabila membawakan konsep yang lain daripada biasa apabila mencari keserasian penyanyi duet. Program yang di ambil daripada “Love at First Song” itu mendapat sambutan yang luar biasa dari penonton.

Juri tetap program tersebut iaitu Mas Idayu, Ajai dan Hael Husaini juga telah membuat persembahan penutup sebagai penyeri.

 

Lama sudah rasanya tidak melihat Ajai menyanyi apatah lagi berduet dengan Mas Idayu yang merupakan teman gduh beliau dalam program tersebut.

 

Bukan mudah menjadi juri rancangan itu apabila mereka berdua sering tidak sama pendapat dan kerap berbalah demi mempertahankan pendapat dan hujah masing-masing. Kedua-dua juri ini juga telah beberapa kali mencipta kontr0versi.

Bagi Mas Idayu, sikap garang yang ditunjukkan beliau adalah cara beliau untuk mengajar seseorang penyanyi baru. Tujuan beliau bertindak demikian adalah kerana menggalas amanah untuk menghebahkan ilmu buat bakal penyanyi baru yang akan mewarnai industri seni.

Beliau hanya menjadi diri sendiri dan berpendapat setiap juri mempunyai cara tersendiri untuk mengkritik.

Berkongsi beberapa sedutan video daripada episod akhir program Lagu Cinta Kita, Instagram TV3 Malaysia memaparkan video di mana dua orang juri tetap program itu iaitu Ajai dan Mas Idayu menyanyikan lagu duet bersama semasa menantikan keputusan pemenang diumumkan.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memuji dan ada juga yang mengkritik. Ajai sebelum ini kecoh dengan kontroversi kritikan beliau terhadap Dktor Hafiz di program nyanyian Big Stage dengan memberikan hanya 2 markah walaupun masih dipermulaan konsert minggu pertama.

Mas Idayu juga tidak kurang juga dengan kritikan pedas beliau terhadap penyanyi apabila mengkritik Baby Shima di pentas D’Academy Asia iaitu sebuah program nyanyian di Indonesia. Mas Idayu cukup sinonim dengan sikap garang dan tegas beliau dalam memberikan komen.

Rata-rata netizen mengkritik nyanyian kedua-dua juri tersebut kerana nyanyian mereka tidak seperti kritikan yang mereka berikan kepada para penyanyi yang dikritik sebelum ini.

“Ni ke juri yg bagi markah rendah2” – Netizen

“Jadi juri nak peserta nyanyi sebaik mungkin tapi sendiri nyanyi sumbang giler” – Netizen

“Suara ajai ok….mas idayu hampehhhh” – Netizen

“tu pasal la, bukan sdp pun dia nyanyi kelaut gak, ada nampak bapak happy” – Netizen

“ Ajai sumbang, memang pon hahahahah acah sedap geli telinga” – Netizen

Menjadi seorang juri bukan satu tugas yang mudah. Saban minggu mengkritik nyanyian orang lain. Kini apabila mereka berdua menyanyi netizen pula yang menilai persembahan mereka berdua.

Setiap orang mempunyai citarasa berbeza jadi sudah tentu tidak semua orang akan menyukai nyanyian kita.

Sumber: Instagram tv3 malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*