“Berbeza Datin dengan Dato, Datin suka berjimat cermat”- Netizen

Sikap berjimat cermat adalah sangat penting untuk dipupuk walaupun kita sudah menjaya orang yang berjaya dalam menjana kewangan yang banyak. Sikap ini penting kerana ia adalah satu sifat yang membuatkan kita masih menyedari kita masih di takuk bawah kehidupan dan mahukan yang lebih baik lagi. Begitulah yang dijadikan sifat dalam diri Datin Shahida,isteri kepada Dato Aliff Syukri.

Baru-baru ini, Datin Shahida telah berkongsi momen beliau makan di kedai warung selepas sesi penggambaran beliau.

“Pagi2 dah start shooting…….habis shooting terus cari makan……tempat favourite saya ni sebab makan sini dapat air percuma….kalau boleh jimat buat apa nak membazir kan” kata Datin Shahida dalam laman instagramnya.

Dilihat di dalam gambar kongsian beliau itu, beliau telah makan tengahari di sebuah warung yang mempunyai pelbagai juadah lauk pauk.

Netizen rata – rata memuji sikap Datin Shahida yang sangat berjimat cermat terutama sekali dalam perkara kecil seperti makan diluar kerana selalunya ramai yang berpendapat orang yang mempunyai pangkat “Dato dan Datin” suka bermewah-mewah walaupun soal makanan.

Ada juga netizen membandingkan Datin Shahida dengan suaminya sendiri iaitu Dato Aliff Syukri dimana mereka berpendapat Dato Aliff sangat suka membazir dan bermegah-megah dengan apa yang beliau ada.

Sifat Datin Shahida sememangnya harus dijadikan contoh dalam rutin harian kita supaya kita bukan sahaja membaiki ekonomi sendiri tetapi juga dapat menjadi modal insan untuk orang lain.

Sumber : Ig shahidadherbs

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*