“Berambus kamu semua dri sini! Baliklah ke rumah keluargamu. Lima belas tahun aku menahan siksa. Rumah ini atas nama aku. Tanah ini pun atas namaku!

Foto sekadar hiasan. Perebuutan harta pusaka sememangnya menjadi satu polemik yang meruncing dikalangan kita. Jika tidak diuruskan dengan betul, sebuah keluarga pasti akan berantakan. Adik beradik bermuusuhan. Ftnah berleluasa akibat perasaan tidak puas hati. Banyak kisah diluar sana yg menceritakan tentang kisah perebuutan harta pusaka tetapi kisah ini benar- benar memberi kesan kepada semua. Ikuti kisah ini dan semoga ada pengajaran yang boleh diambil.

Segalanya bermula..

“Berambus kamu semua dari sini! Baliklah ke rumah keluargamu. Lima belas tahun aku menahan siksa. Rumah ini atas nama aku. Tanah ini juga atas namaku! Rumah ini bukan lagi untuk kamu semua!” bentak Nek Jah kepada menantunya Puan Rohayu yang baru sahaja kemaatian suami akibat komplikasi skit jntung. (Ayat ini adalah untuk akhir penceritaan ini)

Lima belas tahun yang lalu, Encik Zul yang bertugas di sebuah institusi pengajian tinggi bersama isterinya Puan Rohayu yang merupakan seorang guru telah membuat keputusan untuk membaiki dan membaik pulih rumah ibu bapa Encik Zul yang uzur di kampung.

Adapun ketika itu Encik Zul bukanlah anak lelaki sulung di dalam keluarga, namun beliaulah yang mempunyai pekerjaan yang baik dan mempunyai kelulusan pelajaran yang lebih tinggi berbanding adik beradiknya yang lain. Pendek kata, beliaulah anak yang mempunyai pendapatan yang paling besar berbanding adik beradiknya yang lain. Namun begitu, usaha yang dilakukannya itu tidaklah begitu digemari oleh adik beradiknya yang lain.

“Siapa yang masih tidak nampak, apa yang dilakukan Pak Ngah kamu itu memang buuta! Lepas rumah itu dibaiki, memang dia, isteri dan anak-anaknya akan tinggal di situ! Lepas mak dan bapa sudah tiada, memang merekalah yang akan mengambil rumah itu! ” Pak Man bercerita di hadapan cucu-cucu Nek Jah. Selaku abang sulung, Pak Man memang rasa betul-betul tercabar dengan tindakan adiknya Zul itu. Rasa sangsi yang membuak-buak telah menyebabkan hubungan mereka adik beradik sedikit dingin.

Ibu bapa mana yang tidak mahu anak membaiki rumah yang uzur. Apa yang mereka tahu, selepas ini mereka akan dapat tinggal di rumah yang lebih baik dan selesa berbanding sebelum ini. Sudah tentu terselit juga perasaan bangga terhadap masyarakat sekeliling apabila anak mereka itu telah menghadiahi mereka rumah yang lebih elok dari sebelum ini.

Setelah beberapa tahun, rumah yang uzur itu sudah menjadi lebih selesa. Bukan sahaja selesa, malahan menepati cita rasa terkini beserta perabot-perabot jati yang sungguh klasik. Namun begitu, seperti yang diramalkan, Encik Zul dan Puan Rohayu telah berpindah ke rumah tersebut bersama-sama anak-anak mereka yang semakin meningkat remaja.

Perpindahan mereka ke rumah itu bermula apabila Encik Zul telah mengambil keputusan untuk menyambung belajar sepenuh masa selama dua tahun. Maka, terpaksalah mereka sekeluarga keluar dari kuarters kerajaan yang mereka diami selama ini kerana kuarters tersebut adalah dikhaskan sebagai kediaman warden asrama sahaja.

Dalam pada masa yang sama, sebagai penghalal cara, Encik Zul beranggapan bahawa kerana dia yang bersusah payah membelanjakan wang ringgit ke atas rumah itu dan adik beradiknya yang lain pun tinggal bersama keluarga masing-masing, maka tidak salah dirinya bersama keluarga memilih untuk tinggal di situ. Selepas ini juga, makan minum dan pakai ibu dan bapanya akan terjaga pada hematnya. Bapanya Haji Manan bukanlah seorang yang sihat. Berpenyaakit tiga srangkai, iaitu kencing manis, skit jntung dan drah tinggi.

Sudah menjadi kelaziman ibu bapa yang mempunyai ramai anak-anak akan sentiasa bergerak ke rumah anak-anak di atas jemputan anak-anak mereka. Begitu juga Nek Jah dan Haji Manan yang mempunyai sepuluh orang anak-anak. Seorang anak akan menyantuni ibu bapa selama dua hingga tiga minggu di rumah masing-masing. Selepas rumah Pak Man, mereka berdua akan ke rumah Mak Teh dan begitulah seterusnya.

Apa yang menyedih, Nek Jah terutamanya begitu mudah termakan hasutan anak-anaknya bahawa menantunya Puan Rohayu sedang berusaha untuk menghasut suaminya Encik Zul merampas rumah itu daripada mereka! ” Jangan sesekali mak letakkan nama abang ngah di dalam geran tanah rumah itu mak. Terlalu awal. Bukan apa mak, kita takut mereka ada niat yang tidak elok. Bukannya tak tahu asal usul menantu mak itu. Tempat yang penuh dengan amalan ilmu hitam! ” hasut Mak Teh pada Nek Jah.

Episod konfrontasi pun bermula. Apa sahaja yang dilakukan Puan Rohayu serba tidak kena. Masakan masinlah. Rumah bersepahlah. Anak perempuan malaslah. Anak bujang tidak pandai bergaullah. Sentiasa bangun lewatlah. Semuanya serba serbi tak kena. Sebagai orang dewasa Puan Rohayu memang pandai membawa diri dan lebih banyak berdiam diri. Anak-anak mereka yang berjiwa muda dan mengikut hati akhirnya terlajak kata dan pergaduhan di dalam keluarga pun bermula.

Tiada apa yang Encik Zul boleh lakukan pada ketika itu cuma berusaha sedaya upaya untuk menjernihkan keadaan. Setelah Haji Manan mngal dunia, Nek Jah membuat keputusan untuk tinggal bersama anaknya yang mempunyai sebidang tanah untuknya bercucuk tanam.

Sebenarnya beliau makan hati dan berkecamuk dengan segala yang berlaku. Beliau ambil keputusan untuk membawa diri. Encik Zul menghormti keputusan ibunya namun bekerja keras memberikan segala-galanya supaya ibunya dapat hidup dengan selesa di sana.

Encik Zul menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk mengubahsuai rumah pusaka ibu dan arrwah ayahnya dalam beberapa fasa. Entah apa sebenar di dalam fikirannya. Adakah mempunyai niat untuk memiliki rumah tersebut secara mutlak atau hanya untuk melihat ibunya hidup dengan selesa?

Namun, setelah ibunya keluar dari rumah tersebut, ternyata keikhlasan beliau boleh dipertikaikan. Ruang tamu diperluaskan. Bilangan bilik ditambah. “Bilik ini untuk along. Bilik ini untuk Acik. Bilik ini untuk Uda. Bilik ini untuk cucu-cucu berkumpul” kata Encik Zul kepada tetamu-tetamu yang datang melawat.

Tanpa beliau sedari, tidak ada sekali pun beliau berkata dimana bilik ibunya. Sebenarnya, beliau telah terkeluar daripada landasan awal semasa hanya ingin membaik pulih rumah uzur tersebut untuk melihat ibu dan bapanya tinggal selesa di rumah itu. Namun ternyata kini beliau seolah-olah telah menguasai rumah tersebut tanpa memikirkan hak adik beradiknya yang lain.

Nek Jah bertindak tegas apabila tidak sesekali mahu menukar nama pada geran tanah dan rumah kepada Encik Zul. Beliau sentiasa mengada-adakan alasan dan cuba mengelak. Apabila diajak ke pejabat daerah, sering kali beliau memberi alasan seperti kurang sihat dan pening kepala. Nek Jah sedar bahawa sekiranya beliau menurut sahaja permintaan anaknya itu, anak-anaknya yang lain akan tawar hati terhadapnya.

“Mak, dulu di rumah itulah tempat kita berkumpul! Kami membesar di rumah itu. Tempat kita semua berhari raya. Sekarang? Masing-masing membawa haluan masing-masing. Semuanya kerana Abang Ngah dan keluarganya yang masuk ke rumah itu!” Luah Puan Zuraida, anak bongsu Nek Jah.

Nek Jah mencelah. “Anak-anak mereka ramai Zu. Anak dara pun ramai. Kalau kita semua ke sana nanti, bilik tidur pun tak cukup. Tak apalah, sekarang kamu semua dah ada keluarga masing. Dah ada rumah sendiri. Mak boleh bergerak ke rumah anak-anak mak selang dua minggu”.

Dalam memujuk, sebenarnya Nek Jah menahan rasa. Entahlah, siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Beliau sendiri sebenarnya sudah tidak senang di rumahnya sendiri. Sekarang, beliau seolah-olah tiada kuasa di rumah itu.

Ya, mungkin kerana segala perbelanjaan makan minum dan bil ditanggung sepenuhnya oleh anaknya Zul. Dahulu, Nek Jah dan arrwah suaminya menerima bantuan anak-anak pada setiap bulan untuk menguruskan rumah tersebut. Tetapi pada masa itu, kuasa mutlak ke atas rumah itu masih ada pada pada Nek Jah dan Haji Manan.

Namun semenjak kuasa mengurus diambil alih oleh Encik Zul dan isterinya, beliau bukanlah lagi seorang nahkoda di bahtera itu. Ibarat seorang penasihat yang tiada fungsi. “Semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik. Yang hak, insyaAllah akan kembali kepada yang berhak” pujuk Nek Jah kepada dirinya sendiri.

“Binalah rumah disini Rohayu. Kamu pun dah nak pencen. Tanah mak ada di sini. Bahagian kamu mak dah sediakan.” pujuk Nek Minah kepada anaknya Puan Rohayu. “Entahlah mak, saya cuma mengikut suami sahaja. Lihatlah nanti macam mana, saya akan bincang perkara ini dengan suami” terang Puan Rohayu kepada ibunya.

Seakan dapat merasakan salah percaturan anaknya bersama suaminya itu, Nek Minah tidak putus asa menasihati anaknya itu. “Bukan mak nak mendoakan perkara yang tak baik-baik. Kalaulah apa-apa berlaku kepada suami kamu dan mentua kamu masih hidup, tidak semena-mena kamu anak beranak dihalaunya keluar Rohayu. Suami kamu tu ada ramai adik beradik lelaki” terang Nek Minah.

Masih dengan kedegilannya Puan Rohayu membalas dengan berkata “masalahnya sekang mak, kami berdua telah menghabiskan ratusan ribu untuk membaiki rumah itu. Takkan senang-senang adik beradiknya tanpa berbuat apa-apa begitu sahaja menuntut rumah itu?”. Nek Minah mengeluh dan berkata, “Apa-apa la Rohayu. Apa yang penting, mak dah sampaikan apa yang mak rasa. Mak harap tiada apa-apa yang kurang elok berlaku”.

Acik anak perempuan Encik Zul dan Puan Rohayu memang betul-betul sama lagak gaya seperti Nek Jah. Cakap sentiasa main lepas. Baginya, kalau dia tidak begitu, ibunya memang akan diperkotak- katikkan di rumah itu. Setiap kali Nek Jah mengeluarkan kata-kata sindiran, ada sahaja jawapan yang terpacul di mulut Acik.

Seringkali Encik Zul menasihati anaknya itu supaya lebih sopan ketika bertutur dengan neneknya. Namun Encik Zul menyedari bahawa ibunya Nek Jah bertindak sedemikian atas hasutan adik beradiknya yang lain yang memang terang-terangan tidak suka mereka tinggal di rumah pusaka itu. Lebih mengeruhkan keadaan, kebiadaban Acik itu dijajanya ke rumah anak-anaknya yang lain.

Digambarkan oleh beliau bahawa biadapnya Acik itu datangnya dari keturunan Puan Rohayu. Menurut beliau lagi, berpuluh-puluh tahun dia membesarkan anak-anaknya seramai sepuluh orang. Tiada seorang pun yang berperangai begitu. Padahal provokasi itu datang dari Nek Jah itu sendiri. Memang sudah jadi adat di dunia, siapa yang kalah pada provokasi, maka dialah yang akan melenting dan dianggap kurang ajar seterusnya dijadikan bahan bualan umpatan.

Keadaan bertambah tegang apabila Pak Man datang ke rumah pusaka itu untuk mengambil beberapa barang lama yang didakwa olehnya telah diberikan arrwah ayah mereka Haji Manan terhadapnya. Sebuah rehal yang dibeli arrwah Haji Manan semasa mengerjakan fardhu Haji di Mekkah.

Kedatangan Pak Man sebenarnya hanyalah suatu provokasi agar keluarga Encik Zul sedar bahawa mereka bukanlah satu-satunya pihak yang boleh menuntut rumah tersebut. “Kami tidak tahu di mana letaknya rehal tersebut pakcik” terang Along dengan sopan sekali. Sebenarnya rehal tersebut memang sudah bersama Pak Man. Cuma, tindakannnya itu hanyalah untuk menggegarkan isi rumah tersebut.

Kedua-dua anak lelaki Encik Zul dan Puan Rohayu berjaya mendapat pekerjaan yang baik dalam sektor kerajaan. Mampu membeli rumah sendiri. Tidaklah begitu mewah, namun cukup selesa untuk didiami anak beranak. Berlainan pula dengan dua orang anak anak perempuan mereka yang tidak begitu bernasib baik dalam aturan kehidupan. Kedua-duanya telah mengandung sebelum berkahwin.

Seorang terpaksa menamatkan pengajian diperingkat diploma kerana mengandung manakala seorang lagi memang agak liar dan seringkali curi-curi keluar rumah pada waktu malam. Namun begitu, perkara itu hanyalah sejarah. Kini mereka telah berumah tangga tetapi hanyalah menjadi suri rumah tangga. Kebanyakan masa menjaga kebajikan ibu bapa di rumah dan sangat memerluukan rumah tersebut untuk berteduh.

Salah seorang anak lelaki mereka pula mempunyai hubungan yang dingin dengan Encik Zul dan Puan Rohayu setelah berkahwin. Isterinya tidak begitu digemari ibu bapanya. Latar belakang keluarganya yang tinggal di kawasan setinggan dan tidak berpelajaran tinggi, menjadikan isterinya rasa kurang selesa tinggal bersama mentua. Kemiskinannya menjadi bualan dan bahan sindiran. Rumah senget lah, rumah sebelah kilanglah. Semuanya menjadi bahan umpatan.

Hinggalah pada suatu malam, apabila anak lelaki sulung Encik Zul itu telah menangkap adik perempuannya keluar melalui tingkap untuk berjumpa dengan kekaasihnya. Berlaku pertengkaran besar lalu keluarlah segala tohmahan dan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya terkeluar dari mulut adik beradik. Abang sulung yang begitu kecewa kerana isterinya dihina akhirnya datang tangan dan ayah mereka begitu marah dengan peristiwa itu.

Akhirnya pada malam itu juga, anak lelaki Encik Zul itu keluar dari rumah itu bersama-sama isterinya. Anak lelaki kedua mereka pada masa itu masih bekerja di daerah yang jauh dari kampung mereka. Jauh dari segala masalah dan keberantakan dalam keluarga.

“Ketulahan! Dasar keluarga merampas hak adik beradik lain. Anak-anak pun tak menjadi! Bunting sana. Bunting sini. Begaduh sana. Bergaduh sini! Padan muka! Benda tak elok. Memang tuhan bayar cash! Sembunyi la. Tahi sembunyi la di mana-mana, baunya tetap ada!” umpat Pak Man bersama adik beradiknya di rumah Zuraida.

Seringkali mereka sekeluarga mengadakan aktiviti makan-makan bersama keluarga namun Encik Zul dan keluarganya sama sekali tidak dipelawa. Mereka telah dipulaukan. Malahan ketika hari Raya Aidilfitri sekalipun adik beradiknya tidak mahu menjejakkan kaki ke rumah itu. Mereka semua betul-betul meluat melihat wajah Puan Rohayu yang dikatakan sebagai punca Encik Zul itu menjadi begitu. Sebenarnya, memang sudah jadi kebiasaan apabila keluarga berantakan begitu, memang isterilah yang akan menjadi mngsa tuduhan.

Anak-anak Encik Zul dan Puan Rohayu sentiasa menjadikan nenek mereka Nek Jah sebagai bahan lelucon. “Daniel, boleh Nek Jah tidur di bilik kamu nanti?” Usik Acik kepada anaknya. “Tak nak lah ibu, dia bukan nenek saya. Nenek saya Nek Minah” ejek Daniel sambil mencebikkan mulutnya.

Lalu mereka pun ketawa berdekah-dekah. Begitulah mereka sekeluarga. Kehadiran Nek Jah seperti yang dijadualkan selama dua minggu di rumah itu menjadi bahan momokan kepada sesiapa pun di rumah itu. Namun, sudah pasti gurauan begitu dilakukan di belakang ayah mereka Encik Zul. Mereka sedar juga untuk tidak bergurau begitu di depan ayah mereka untuk mengelakkan ayah mereka berkecil hati.

Pada suatu hari. Encik Zul tumbang di dalam tandas. Ketika itu, beliau bangkit dari tidur untuk menunaikan solat Subuh. Di dalan tandas, beliau terjatuh dan bunyi hentakan di dalam tandas itu didengari oleh Puan Rohayu. “Ya Allah. Kenapa ni bang” rintih Puan Rohayu. Sedikit drah mengalir akibat luuka di bahagian kepala suaminya. Mereka anak beranak segera menghantar ayah mereka ke hspital dengan segera.

Dalam keadaan yang begitu nazak, sempat Encik Zul berkata mungkin masa untuk dirinya pergi hampir tiba. Adik beradik yang telah bermasam muka pun tiba. Bermaaf-maafan disaat pejamnya mata ayah mereka namun masih bernyawa. Mereka saling berharap agar berbaiknya mereka pada hari itu didengari oleh ayah mereka.

Sejenak selepas itu, Encik Zul telah meningal dunia. “Di depan Kaabah mak berdoa, agar anak-anak mak kembali bersatu walau apa cara sekalipun. Memang mak tak sangka, beginilah caranya”. Kata Puan Rohayu kepada anak-anaknya yang hadir di hspital ketika itu. Beberapa bulan sebelum kejadian ini, Encik Zul dan Puan Rohayu ada mengerjakan umrah bersama rakan-rakan mereka.

Tiada seorang pun adik beradik Encik Zul hadir di hspital ketika itu. Setelah hari ketiga kemaatian, Pak Man datang ke rumah pusaka itu. “Kamu semua silap. Tidak perlu kamu semua mengambil kuasa tuhan untuk meramal bila ibu akan mngal. Ternyata Allah maha kuasa. Zul dulu pergi sebelum mak mngal dunia” sindir Pak Man. Puan Rohayu hanya mendiamkan diri. Setelah itu, keluarlah Nek Jah dari kenderaan sambil membawa bagasi pakaiannya. (Muncul ayat di awal permulaan cerita)

Akhirnya Puan Rohayu pindah ke rumah ibunya. Meneruskan hidup dengan menggunakan duit pencen dirinya. Anak-anak lelakinya tinggal di rumah mereka sendiri. Seorang anak perempuannya tinggal bersama suaminya dan seorang lagi anak perempuannya bersama cucunya mengikut Puan Rohayu ke mana sahaja beliau pergi.

-TAMAT-

kisah ini adalah berdasarkan kisah benar. Nama watak di dalam kisah ini telah ditukar kepada nama samaran yang lain. Oh ya, saya Akif. Anak buah Puan Rohayu. Mohon maaf jika tulisan bersambung-sambung. Perlu masa untuk proses imbas kembali. Semoga tulisan ini memberi keinsafan kepada kita semua.

Kepada semua pembaca, jika anda ada perebuutan harta pusaka, berbincanglah dengan akal yang baik baik. Moga setiap urusan dipermudahkan dan dijauhkan dari pergaduhan sesama adik beradik. Apaatah lagi permuusuhan.

Sumber : bicaradaily

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*