“Belum tengok lagi air mata dh keluar”-Netizen

Aut1sme merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Dari sudut perubatan, aut1sme ialah keadaan di mana interaksi sosial seseorang terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda. Secara umumnya, masalah aut1sme di kalangan kanak-kanak boleh dikesan seawal usia 18 bulan.

Bagi ibu bapa yang memiliki anak aut1sme, sememangnya ia mencabar buat mereka untuk menguruskan anak aut1sme. Namun sedikit pun tidak mengeluh demi anak tercinta. Begitulah pengorbanan besar seorang ibu bapa.

Dalam pada itu, ramai ibu bapa ingin memastikan anak mereka yang menghidap autisme ini dapat belajar kemahiran yang diperluukaan bagi membolehkan mereka mengurus diri dan berkomunikasi dengan orang lain.

Kemahiran sebegitu sangat penting bagi membantu mereka berkomunikasi dan menyampaikan segala kehendak yang mereka inginkan.

Seperti yang kita lihat sekarang, banyak telemovie atau drama yang telah memberi kesedaran kepada penonton tentang realiti kehidupan sebahagian ibu bapa yang menjaga kanak-kanak aut1sme.

Antara telemovie terbaru yang mengisahkan anak autisme iaitu Syurga Noah yang telah ditayangkan di TV9 baru-baru ini. Lakonan Redza Rosli yang memegang watak sebagai anak aut1sme telah berjaya menyentuh hati ramai penonton.

Gandingan Redza dan pelakon lain iaitu Elvina Mohamad sebagai watak utama iaitu Asyikin juga cukup serasi di dalam telemovie Syurga Noah.

Sedikit sedutan babak dikongsi oleh Elvina pada posting Instagramnya telah menimbulkan perasaan sebak pada netizen yang melihatnya. Lebih-lebih lagi yang melalui pengalaman sebagai penjaga anak autisme, cukup menyentuh hati mereka.

Sebahagian babak dikong Elvina itu juga telah menerima 131,000 tontonan dan pelbagai respon oleh netizen di ruangan komen.

Walaubagaimana pun, besar pahala buat ibu bapa yang telah membesarkan anak istimewa ini. Tersentuh hati dibuatnya bila tengok Redza Rosli dengan Elvina berlakon.

Sumber: Instagram Elvinamohamad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!