Beli kucing baru utk Aafiyah, netizen minta Tokti jaga diri krn ibu hamil alah pd bulu kucing

Sekitar awal bulan Disember yang lalu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pasngan Datuk Khalid telahpun membuat pengumuman mengenai kehamilan terkini yang berusia 4 bulan. Kehamilan kedua itu sebenarnya telah dihidu lebih awal oleh para peminat apabila sebelum ini telah tular sebuah video Tokti bersama Aafiyah dimana Aafiyah menciium perut ibunya seolah-olah mempunyai “isi”.

Teka-teki mengenai jantina anak kedua Tokti juga bukan lagi rahsia apabila Tokti juga telah memaklumkan mengenai jantina anaknya iaitu seorang bayi lelaki pada 12 Disember semasa majlis perasmian kolaborasi produk beliau Simplysiti dan Nrcosmetic.

Tokti turut mendedahkan bahawa kandungan kedua beliau ini merupakan kembar kepada Aafiyah.

Bayi dalam kandungan beliau itu merupakan embrio yang terjadi pada hari yang sama dengan Aafiyah semasa beliau menjalani rawatan IVF 3 tahun yang lepas. Perkara berkenaan dikongsikan Tokti ketika ditemubual oleh Nabil baru-baru ini.

Syukur dengan perjalanan kehidupannya yang semakin bahagia sejak bergelar ibu, Tokti juga seperti insan lain yang tidak terlepas diuji apabila suatu masa dahulu melalui ujian yang berat menunggu sehingga 11 tahun lamanya sebelum dikurniakan zuriat.

Kini setelah 2 tahun kelahiran Aafiyah akan disusuli pula anak keduanya yang dijangka bakal dilahirkan pada bulan April tahun hadapan.

Memuatnaik video terkini menerusi Instagram Aafiyah, Tokti dilihat telah membelikan seekor kucing baru buat anaknya Aafiyah sebagai peneman bermain.

Menerusi video yang dipaparkan, Aafiyah kelihatan begitu teruja untuk bermain bersama kucing barunya. Aafiyah menarik tangan ibunya untuk turut serta bermain bersama.

Kucing Aafiyah tersebut dinamakan sebagai Pego. Memenuhi permintaan anak, Tokti melayani sahaja kerenah Aafiyah dan merakamkan detik gembira anaknya bersama peneman baru itu.

Melihat video berkenaan, Netizen meminta supaya Tokti menjaga diri kerana biasanya ibu-ibu yang mengandung alahan terhadap bulu kucing.

Tambahan pula Tokti kini sedang hamil 4 bulan anak kedua. Para peminat sudah semestinya mahu Tokti menjaga kesihatan kandungan beliau.

Tokti sememangnya sudah mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak mendekati Pego dan hanya melihat Aafiyah bermain dari jauh sahaja kerana risau bulu Pego akan melekat. Berikut dikongsikan lagi beberapa komen netizen.

“Wah Aafiyah dah dapat kawan baru…ibu panggil pon dh tak layan – Netizen

“Bagusnya Aafiyah tak takut kucing” – Netizen

“Syg nya Aafiyah pd Pego…. Untung nya penuh ksh syg” – Netizen

Terpancar keceriaan pada wajah Aafiyah kerana mendapat teman baru. Mendedahkan anak-anak terhadap haiwan sejak dari kecil ini amatlah bagus bagi mendidik sifat cintakan haiwan yang merupakan salah satu makhluk Allah juga. Biasanya individu yang suka dan sayangkan kucing ini seorang yang bersifat penyayang.

Tak sabar nak melihat wajah anak lelaki Tokti pula selepas ini. Jika wajah Aafiyah saling tak tumpah seperti Tokti mungkin wajah anak lelaki akan mengikut wajah bapanya Datuk Khalid pula kan. Baru adil orang kata.

Sumber: Instagram aafiyahkhalid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*