“Beberapa netizen ni ada je tak kena, jgn rasa diri lebih baik drpd org lain” – Siti Elizad

Penghijrahan itu sememangnya lebih baik, dengan mengambil jalan untuk menutup aurat dan lebih menjaga adab sopan seperti telah diamanahkan oleh Allah s.w.t. Bagi seseorang yang menunjukkan minat untuk berhijab, ia sememangnya sangat digalakkan untuk mereka sentiasa berhijab. Namun ada juga yang memilih untuk perlahan-lahan belajar memakai hijab dengan gaya mereka yang tersendiri.

Ramai golongan artis wanita kini sudah kelihatan tampil bertudung antaranya Izara Aishah, Nur Fazura, Betty Rahmad dan termasuk juga penyampai radio, Elizad.

Elizad telah lama menyimpan hasrat untuk berhijab dan menerima hadiah tudung pemberiaan suaminya.

https://www.instagram.com/p/CSgO_Tzhqyl/?utm_medium=copy_link

Baru-baru ini Elizad telah memuatnaik satu foto dirinya memakai tudung pemberiaan suaminya dengan mengenakan gaya turban. Namun gambar tersebut menerima kecaman daripada sebahagian netizen dan sanggup mempertikaikan niatnya apabila tidak menutup aurat dengan sempurna.

Selepas menerima komen sebegitu, Elizad menutup ruangan komen pada gambar terbarunya itu dan menyatakan perasaan kecewa menerusi instagram story.

Kata Elizad, beliau masih tidak sempurna dan cuba untuk beristiqomah. Elizad juga memberitahu dirinya masih bergiat aktif dalam permotoran seperti dahulu meskipun dia sudah mengambil keputusan untuk bertudung pada 10 Ogos lalu.

Elizad berterima kasih buat peminat-peminat yang mendoakannya dan memberi kata-kata semangat buat selebriti kesayangan mereka itu.

Selain Elizad, pelakon Izara Aishah juga baru memuatnaik foto bertudung labuh di laman Instagramnya. Foto mereka menjadi perhatian netizen baru-baru ini.

Syukur alhamdulillah Elizad dah mula bertudung, kita doakan semoga beliau beristiqomah. Janganlah kecam orang yang baru nak mula bertudung ni, lebih baik kita sokong dan beri kata-kata semangat lagi bagus..

Sumber: instagram Elizadsharifuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!