“Bebaik Hairul nanti org kata tkut bini” – Netizen

Pelakon aksi yang namanya mula meningkat naik setelah berlakon filem Paskal iaitu Hairul Azreen kini sedang mengarah filem pertama beliau iaitu “Ada Hantu”. Sering berlakon filem aksi setelah berjaya dengan filem Paskal dan filem Wira, Hairul juga pernah berlakon filem romantik komedi Pasal Kau di samping Janna Nick. Mendirikan rumahtangga pada tahun 2015 bersama Hanis Zalikha, pasngan selebriti popular ini telah memenangi Anugerah Pasngan Couple paling meletop di Anugerah Meletop Era baru-baru ini.

Pasngan ini sebelumnya pernah mencuri tumpuan masyarakat kerana Hairul membuat lamaran secara terbuka kepada Hanis di atas pentas Gegar Vaganza. Untuk rekod mereka telah mendirikan rumahtangga pada Jun 2015 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah.

Kehidupan pasngan ini dan anak-anak mereka menjadi perhatian netizen kerana sering berkongsi video aktiviti mereka bersama anak-anak buat tatapan para peminat di media sosial.

Alisa Aisyah juga turut memenangi anugerah Si Cilik Meletop mengikuti jejak langkah abangnya Yusof Iskandar beberapa tahun lalu yang memenangi kategori serupa.

Menerusi Instagram Hairul, beliau berkongsi aktiviti harian bersama isteri dan anaknya. Di dalam video tersebut memaparkan tindakan Hairul sedang mengikut tali kasut isterinya Hanis di samping anak perempuan mereka Alisa Aisyah.

Melihatkan ayahnya yang sedang memberikan perhatian kepada ibu, Alisa juga turut serta meminta perhatian ayahnya. Ramai yang memberikan komen mengenai kecomelan Alisa yang tidak mahu ketinggalan untuk turut sama di layani oleh Hairul. Si cilik itu menghulurkan kaki kepada Hairul supaya ayahnya itu mengikat tali kasutnya pula.

Rata-rata warganet terhibur dengan keletah Alisa dan memuji perangai comel Alisa untuk bermanja dengan ayahnya. Memang begitulah kerenah anak perempuan yang mahu perhatian daripada seorang ayah. Berikut dikongsikan komen dari para netizen.

Disebalik layanan istimewa Hairul buat isterinya itu, ada netizen yang mngalkan komen meminta agar Hairul berhati-hati menunjukkan perbuatan tersebut kepada umum kerana khuatir di katakan Hairul seorang yang takut bini pula.

Kemesraan pasngan ini sering menjadi inspirasi kepada pasngan yang belum dan telah berkahwin diluar sana untuk mengikuti jejak langkah mereka yang berjaya di dalam kerjaya dan juga kehidupan peribadi.

Sumber: Instagram hotfm976

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*