“Bawak2 mengucap Cik Man, sy tak0t”- Netizen

Banyak video di Tiktok menjadi trending dan sering menjadi tumpuan ramai netizen. Lebih-lebih lagi jika selebriti Malaysia yang juga membuat video di Tiktok, pasti akan menerima jumlah tontonan yang tinggi. Tidak dinafikan, video di aplikasi Tiktok mudah untuk menjadi trending dalam kalangan rakyat Malaysia. Ada sahaja video trending yang menjadi ikutan ramai.

Tidak terkecuali, pendakwah bebas yang juga selebriti tempatan iaitu PU Azman turut sama aktif dalam aplikasi Tiktok. Banyak video yang dikongsi PU Azman menerusi Tiktok dan sentiasa menghiburkan ramai netizen.

Ramai mengenali PU Azman dengan karakternya yang cukup menghiburkan. Gelagat selamba PU Azman atau lebih mesra dengan panggilan Cik Man ini membuatkan netizen mudah dekat dengannya.

Bukan setakat pandai berdakwah dan melawak sahaja, lakonan Cik Man pun mantap lebih-lebih lagi menerusi drama 7 hari mencintaiku yang kini sedang ditayangkan.

Baru-baru ini, Cik Man telah memuatnaik video Tiktok miliknya di Instagram dan ternyata mencuri tumpuan ramai netizen. Bukan setakat netizen sahaja, rakan-rakan artis pun turut meninggaalkan komen pada posting beliau.

Turut sama, Wany Hasrita meninggaalkan komen menunjukkan reaksi dirinya cukup terhibur selepas menonton video Cik Man yang mengikut trending Tiktok itu.

Kapsyen ditulis Cik Man pun boleh membuatkan kita semua ketawa tau.. Ada-ada saja Cik Man ni ya hehe

Video lucu Cik Man telah menerima 595,000 tontonan dan hampir 2,000 komen daripada netizen serta rakan-rakan artis. Banyak video Cik Man sentiasa menerima jumlah tontonan yang tinggi di Instagram dan Tiktok.

Populariti Cik Man pun sentiasa meningkat dek kerana videonya yang melucukan itu. Patutlah ramai peminat Cik Man kan.

Alahai Cik Man, tak sah kalau tak buat lawak. Jarang lah video Cik Man tak kelakar, mesti kelakar tengok gelagat Cik Man ini. Siapa peminat setia Cik Man? mesti suka gila kan dengan Cik Man ni hehe…

Sumber: Instagram PUazmanofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!