Bawa motor stop di RnR Kajang-Kulim. Tiba2 “jangan lama sangat duduk sini.” Suara kasar pesanan seorang pakcik kedengaran kuat disitu

Kita semua kena ingat, bukan semua sesuatu pengalaman itu dapat dirasai oleh semua kita. Pengalaman pahit, manis, s3ram, pelik…itu semua tidak penting. Yang penting sekarang ini ialah mereka yang terpilih untuk merasai sesuatu yang memang tidak terfikir dek akal fikiran logik. Pengalaman apapun kalau diambil iktibar dengan sempurna dia akan memberi pengajaran yang berguna.

Kisah ini berlaku kepada seorang teman. Sudah banyak cerita yang meny3ramkan tentang lebuhraya utara selatan. Dari seorang kepada seorang kisah s3ram diceritakan. Berbagai kisah didengar sehingga kekadang masing-masing takut hendak melalui lebuhraya ini seorang diri.

Pernah aku duduk minum di sebuah gerai. Terdengar seorang pelanggan gerai tersebut menceritakan kisah s3ram yang dialaminya di lebuhraya tersebut kepada 2 orang kawannya. Khusyuk aku mendengar dia bercerita. Ini kisahnya… “Minggu lepas aku nak balik ke Padang Serai, Kulim. Korang tau la. Aku mana ada kereta. Aku redah naik EX5 aku ni la.

Kebas punggung jangan cakap la. Berapa kali berhenti pun aku dah tak ingat. Bayangkan dari rumah aku kat Kajang…cantik ja cuaca. Sebab tu aku bertolak lepas Asar. Tenang ja perjalanan walau berhenti beberapa kali. Tak tahu plak boleh hujan turun tiba-tiba. Aku teruskan perjalanan sebab hujan masih renyai-renyai. Dalam kepala aku masa tu teringat macam-macam. Ada orang cakap jangan berhenti di hentian rehat ehem..ehem.

Aku ingat sangat-sangat pesanan yang aku pernah dengar tu. Perjalanan aku teruskan. Hujan renyai-renyai dah mula rasa sedikit lebat…jam ditangan aku tengok dah pukul 9.30 malam. Di sepanjang jalan waktu itu gelap-ge lita. Cuma aku tumpang cerah dengan lampu kenderaan yang lalu di lebuhraya tu. Harap lampu motor aku..alahai..cukup-cukup nampak bulu hidung.

Hujan makin lebat. Mata aku mula dah tak nampak jalan. Hujan lebat mula menyucuk-nyucuk kulit muka. Pedih sangat kulit muka waktu itu. Aku dah tak tahan. Tengah aku dok fikir kat mana nak berhenti.. tiba-tiba nampak kawasan rehat. Orang ramai berhenti. Alhamdulillah. Aku masuk hentian rehat tu..cari tempat parking.

Tengah rehat dan keringkan baju di sebuah pondok di hentian rehat tu..datang seorang pakcik naik motor. Aku nampak dia datang dari lebuhraya. Mungkin nak berhenti berteduh juga. Tiba-tiba pakcik tu berhenti dan bersuara..”jangan lama sangat dok kat sini..” pakcik tu memecut meredah hujan membelah kegelapan. Aku pelik dengan pakcik tu. Aku terus meringankan baju.

Keluarkan tuala dan meringankan diri. Tengok jam dah pukul 10.35 malam. Hujan makin lebat. Perut aku waktu tu lapar sangat-sangat. Dekat setengah jam aku kesejukan kat situ. Hujan mula reda..rintik-rintik. Aku bersiap-siap. Kemas-kemas..terus nak keluar dari hentian rehat tu. Boleh pula ternampak gerai burger kat bawah tiang lampu yang menyala malap sangat-sangat.

Aku terus menghala motor ke arah gerai burger tersebut. Peniaga tak ada. Aku tunggu sebentar. Lima minit tunggu peniaga masih belum sampai. Lalu sebuah bas ekspres. Dari jauh bas tu bagi lampu tinggi dan hon. Aku rasa pelik. Kenapa dengan bas tu. Aku tunggu lagi. Dah 15 minit. Lalu lori pula. Bagi lampu tinggi dan hon. Pelik…bayangkan ye..Dekat 20 minit aku tunggu kat situ dengan sejuk dan lapar burger tiba-tiba dengar suara ketawa atas pokok dekat dengan tiang lampu tu.

Bila aku dongak ke atas pokok tu..makcik tua tengah mencangkung sambil bersuara..”kamu nak beli burger makcik??? Dengan suara yang menyeramkan sambil ketawa. Aku terus pecut motor dan keluar dari hentian rehat tu. Bila aku toleh ke belakang, kat situ tak ada apa-apa pun..gelap semuanya. Rupanya aku dah tersinggah di hentian rehat ehem! ehem! di lebuhraya utara selatan.

Patut pakcik tu suruh aku cepat keluar dari situ. Lori dan bas ekspres awal-awal dah bagi lampu tinggi dan bunyi hon. Tapi apa yang diorang nampak aku tak tahu la. Cuma berwaspada bila lalu disitu..” Lepas sahaja abang di meja sebelah itu bercerita. Aku teringat cerita seorang kawan aku. Tapi…tiba-tiba dengar suara kawan abang tadi bersuara.

“Aku pernah dengar cerita ada suami isteri terkena kat hentian rehat itu juga.”…ceritanya begini. “Baru lagi kisah suami isteri ini berlaku. Tak silap aku minggu lepas. Diorang dari Rawang. Nak balik ke kampung si isteri di Taiping. Memang suami isteri ni tak pernah pun balik ke Taiping pada waktu malam. Dari diorang bercinta, bertunang dan kahwin kalau balik ke Taiping…si isteri suka balik selepas solat subuh.”

Kemudian tiba-tiba dia berhenti bercerita. Aku yang sedap memasang telinga terus berpaling ke meja mereka. Rupanya dia tengah menyuap mi goreng ke mulut. “Lepas tu?”, kawan dia bertanya. Macam tidak sabar-sabar hendak tahu kisah suami isteri itu. Aku pun sama..hendak tahu sangat kisah itu sehingga habis. Kemudian dia sambung semula kisah suami isteri itu.

“Pada malam kejadian itu..mereka tak dapat nak bertolak lepas subuh sebab si suami ada urusan penting yang tak dapat nak elak. Nak balik keesokan hari memang tak boleh sebab si suami ada urusan kerja di Johor Baharu. Tujuan hendak balik ke kampung pun sebab nak hantar si isteri duduk di kampung. Si isteri tengah mengandung 5 bulan.

Jadi si suami risaukan keselamatan si isteri sebab dia kena berada di Johor Baharu selama sebulan. Pada hari Sabtu, 2 minggu lepas. Lepas maghrib mereka bertolak dari Rawang. Perjalanan mereka pada mulanya memang lancar. Masing-masing berdoa akan selamat sampai ke kampung. Jodoh, m4ut…sememangnya telah ditentukan Allah. Kita manusia hanya merangcang untuk yang terbaik. Lepas sahaja Tanjung Malim hujan mula rintik-rintik kecil. Si isteri sudah lama dibuai mimpi.

Si suami terus memandu dalam kelajuan 90km sejam. Maklum saja la..isteri mengandung di sebelah. Kandungan yang pertama pulak. Perjalanan mereka makin jauh mngalkan Rawang. Makin jauh perjalanan. Makin lebat hujan menyimbah bumi. Lebuhraya utara selatan makin kelam tambah pula waktu itu gelap dan hujan lebat. Si suami dah tak dapat memandu dengan kelajuan 90km sejam lagi. Kereta mereka waktu itu berada di lorong sebelah kiri.

Perjalanan makin jauh. Hujan makin lebat. Tiba-tiba si isteri terjaga. “Kita kat mana ni bang?”. “Jauh lagi..sayang tidur la dulu”. “Lapar la bang…” “Ok..Ok..sayang tidur dulu. Nanti sampai kawasan rehat kat depan nanti abang kejutkan sayang”. Perjalanan di teruskan. Kereta terpaksa dipandu perlahan..50km sejam. Hujan lebat teramat sangat.

Pandangan dihadapan memang jadi kelam. Si suami memang tak dapat nak baca papan tanda. Dah tak tau di mana berada. Lebih kurang setengah jam kemudian si suami nampak cahaya lampu terang. Si suami mula rasa lega sebab dah nampak hentian rehat. Dia perlahan sikit kelajuan keretanya untuk masuk ke kawasan rehat itu. Orang punya la ramai masa tu. Tempat letak kenderaan penuh.

Bila kereta dia perlahan bergerak mencari tempat letak kereta yang kosong. Ada kenderaan yang tidak berhenti di kawasan rehat itu membunyikan hon berkali-kali sambil memberi lampu tinggi. Bukan sebuah kenderaan..tapi berbuah-buah kenderaan buat benda yang sama. Lori, bas ekspres..kereta semua buat benda yang sama sambil memecut laju. Akhirnya si isteri bersuara..”situ bang..situ ada kosong.” “eh! sayang dah bangun..”

Si suami terus masuk ke petak yang kosong. Suara si isteri kegembiraan. “Alhamdulillah bang..ada orang jual kacang rebus kat bawah pokok tu. Tak payah abang redah hujan pergi medan selera.” “Ok ok…nanti abang keluar beli.” Si suami meraba- raba tangan ke bawah kusyen belakang untuk mencari payung.

Tiba-tiba suara si isteri kehairanan..”bang..bang..tengok makcik tu..” “kenapa?” “dia datang ke arah kita la…bawa 2 bungkus kacang rebus tu..tengok bang”. Si suami cari payung tak jumpa, terus pusing kepala dan melihat ke arah isterinya tunjuk. Dia meninjau-ninjau mencari makcik yang isterinya maksudkan. Tapi tak nampak.

“Abang cari apa?”, Si isteri bertanya. “Mana makcik tu?” Si suami tercari-cari. “Tuuu…” Si isteri menunjuk ke arah tingkap sebelah suaminya. Bila si suami paling ke arah tingkap sebelah kanannya. Dia terperanjat nampak seorang makcik tua memegang 2 bungkus kacang rebus tengah mengetuk cermin tingkap kereta. Dengan senyuman menyeramkan. “Setelah cermin tingkap kereta diturunkan. Dengar suara makcik tu ketawa kecil yang menyeramkan.

Si suami bertanya..”Kenapa makcik?” “Isteri kamu nak makan kacang rebus aku kan? Hujan-hujan ni dia lapar tu”. “Macam mana makcik tau isteri saya nak makan kacang rebus?”, Si suami kehairanan. “Aku tau, siapa berhenti kat sini tentu nak makan kacang rebus aku”, makcik tu terus ketawa kecil. “Kacang rebus aku sedap, sesuai orang mengandung cam isteri kamu tu makan kacang rebus aku.

Aku rebus kacang tu lain dari yang lain”, makcik tu ketawa lagi. “Ok..Ok saya beli 2 bungkus tu”, Si suami terus bagi duit RM10. Tiba-tiba makcik tu bersuara, “aku tak mahu duit kau..aku nak isteri kau makan kacang rebus akuuuu”. Suara makcik tu makin menyeramkan. Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti mengejut di sebelah kereta mereka. Seorang pakcik keluarkan kepala dari kereta tersebut sambil bersuara kelam kabut, “keluar dari kawasan ni cepat! cepat!.

Campak bungkusan tu cepat! Cepat keluar dari kawasan ni!”. Terus pakcik tu memecut keretanya mnggalkan hentian rehat tersebut. Si suami terus mencampak bungkusan ditangannya. Masa si suami nak tutup tingkap kereta, ada terdengar bunyi tangisan di atas pokok. Tangisan orang tua yang teresak-esak. Perlahan si suami mengundur kereta keluar dari petak letak kereta tersebut.

Paling memeranjatkan kedua suami isteri itu ialah keadaan pada mulanya tadi meriah dengan orang ramai di medan selera dan kereta banyak tersusun di petak letak kereta…tapi hakikatnya kawasan rehat tersebut kosong..cuma ada 5 batang tiang lampu yang menyala suram..dan hanya kereta mereka sahaja yang ada di situ.

Si suami terus memecut kereta keluar dari kawasan rehat lebuhraya tersebut. Sayup-sayup terdengar suara tangisan sambil merayu, “makan la kacang rebus aku..Kacang rebus aku sedap.” Dalam kereta, suami isteri itu menggigil ketakutan. Si isteri menangis ketakutan sambil ditenteramkan oleh si suami. Si suami terus memecut kereta meredah hujan malam yang semakin lebat.

Dalam hati mereka cepat-cepat nak sampai ke Taiping”. Seronok dengar kisah 2 orang abang di meja sebelah bercerita tidak sedar hari sudah dekat senja. Tiba-tiba salah seorang dari mereka bertanya pada aku, “Kamu dari mana? Macam mana boleh ikut jalan kampung ni? Lebuh raya kan ada”. “Tak nak la saya bang, macam-macam cerita saya dengar bang.

Seram naik motor sorang-sorang kat lebuhraya tu bang”. “Saya dari Damansara. Nak balik kampung di Selama Kedah, saja ikut jalan kampung. Nak tengok kampung orang”. “Dari mana kamu dengar kisah s3ram lebuhraya ni?”. “Kawan saya pernah kena bang. Kat hentian rehat tu la..cerita dia macam ni…” “Kisah ni terjadi kat kawan aku 3 bulan lepas. Masa tu dia dapat panggilan dari kampungnya di Sungai Petani.

Keluarganya di kampung minta supaya dia balik dengan segera. Nenek dia sa kit tenat masa tu. Memang masa tu kelam-kabut sangat. Dalam fikirannya cuma ingat neneknya. Aku ingat lagi malam tu. Balik dari kerja dia terus bersiap sambil menangis. Puas aku nak tenangkan dia masa tu. Dalam teresak-esak dia bertolak juga malam tu. Waktu tu jam dah pukul 10.15 malam.”

Ini kisahnya di atas lebuhraya utara selatan yang diceritakan olehnya kepada aku. “Lepas saja dia bertolak dari rumah malam tu..fikiran dia memang berkecamuk. Risaunya pada neneknya memang tak dapat dikawal. Sampai di hentian rehat Sungai Buluh dia berehat sebentar untuk tenangkan fikirannya. Jam masa tu dah pukul 11 lebih malam. Perjalanan diteruskan.

Motor RXZ yang dipandunya masa tu hanya berkelajuan 90km sejam. Kenderaan pun tak banyak masa tu. Cuma sesekali RXZ beliau dipotong oleh kenderaan yang laju disebelah lorong kanan. Macam biasa sepanjang perjalanan di lebuhraya memang teramat gelap tanpa diterangi lampu jalan. Perasaan dia masa tu bercampur aduk, risau pada nenek..letih..dan perasaan yang dia belum rasa sebelum ini.

Iaitu seram. Tak tahu kenapa masa tu dia tiba-tiba rasa meremang. Tapi sebelum ni sudah lama dia guna lebuhraya utara selatan ni. Tak pernah dia rasa bulu roma terpacak tiba-tiba. Makin jauh perjalanan dia mngalkan Damansara, makin tak tentu arah perasaan dia.

Perjalanan dia malam tu cukup s3ram berada di alam lain. Kenderaan pada mula tadi ada juga jarang-jarang nampak lalu, tapi makin jauh dia menghala ke utara makin jauh dia rasa dari dunia sebenar. Lebuhraya tiba-tiba jadi sunyi sangat. Sebiji kenderaan pun tak nampak lalu di lebuhraya.- FS via layansudah.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*