“Baru seminggu kahwin Haris dah nampak bambam” – Netizen

Neelofa dan PU Riz kini sedang menikmati bahagia setelah mereka berdua disatukan pada 27 Mac yang lalu dalam sebuah majlis serba mewah dan begitu islamik. Majlis pasangan tersebut diibaratkan sebagai Wedding of The Year kerana perincian pelamin yang begitu gah menggunakan 4 tan bunga segar dan mengambil simbol Jabal Rahmah iaitu bukit yang menyatukan Nabi Adam dan Hawa sebagai simbolik pelamin mereka.

Selain daripada pelamin, baju yang dipakai Neelofa ketika majlis perkahwinan beliau juga menjadi sorotan utama apabila direka dengan menggunakan 5000 butir permata swarovski. Baju berkenaan begitu menyerlahkan kejelitaan Neelofa walaupun berniqab.

Impian Neelofa selama ini untuk bernikah dengan seseorang yang mampu membimbing beliau kearah keagamaan akhirnya termakbul apabila bersuamikan PU Riz.

Keperibadian PU Riz sebagai pendakwah bebas telah berjaya memikat hati selebriti dan usahawan tersebut.

Menerusi instagram peminat Neelofa, sebuah video terkini pasangan pengantin baru itu telahpun dikongsikan buat tatapan para peminat mereka yang lain. Dalam perkongsian video terkini itu PU Riz dilihat sedang bersugi.

Sebelum ini beberapa video pasangan tersebut sering mengamalkan sunnah kerap kali mencuri tumpuan netizen.

Semasa diminta Neelofa untuk menunjukkan kayu sugi kepunyaan isterinya itu, PU Riz sempat berseloroh bahawa kayu sugi isterinya itu agak kecil dan kuurus kerana bersesuaian dengan gigi isterinya yang kecil seperti budak-budak.

Usikan PU Riz berkenaan membuatkan Neelofa ketawa dan terhibur dengan sikap suaminya kuat menyakat. Video berdurasi beberapa saat itu kelihatan begitu manis dan membuatkan para peminat merasa gembira dengan kebahagiaan yang dinikmati oleh Neelofa kini.

Malahan peminat turut memuji usaha pasangan berkenaan yang sebaik mungkin mencari pahala dengan mengamalkan sunnah nabi utk membersihkan gigi mereka dan ada juga netizen yang perasan PU Riz sedikit berisi biarpun baru seminggu berkahwin.

Hubungan yang selama ini dirahsiakan akhirnya kini mampu untuk ditayangkan setelah rasmi menjadi pasangan suami isteri.

Sejak pasangan tersebut bernikah, gelagat dan aksi manja mereka berdua sering dimuatnaik oleh beberapa instagram milik peminat tegar pasangan tersebut demi tatapan para peminat yang lain. Semoga kebahagiaan yang dilalui ini akan berkekalan hingga bila-bila hendaknya.

Sumber: ig lofa.page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!