Bapa mertua selalu maluukan dan buuli suami. Tak ckup depan2, dia komen yang memualkan kat FB suami

Foto sekadar hiasan. Saya sudah 4tahun berkahwin dan ada seorang anak. Awal perkahwinan hubungan saya akrab dengan mertua, kakak2 ipar. Saya jenis tak suka menjawab walaupun saya law graduate dan sekarang legal officer. Saya nak menjaga hati dan keharmonian pihak sana. Saya namakan pihak sana sahaja. Jadi saya hanya mengikut kata mereka, saya senyum, saya angguk, tiada bantahan. Namun, semakin lama semakin obvious mereka ambil kesempatan ke atas saya dan suami. Saya jadi semakin rimas dan rasa terkongkong.

Hingga sekecil perkara pun mereka akan jadikan besar. Contoh, suami dan saya dimarahi hanya kerana tidak call adik beradik suami yg lain. Bukan sekali, malah berkali. Sampai saya jadi annoying and started to think why not mereka call suami saya dulu?

Ingat kami tak ada kerja lain ke? Yg lagi saya hairan kakak2 ipar ni pulak kuat mengadu kat pihak sana. Suami lama tak datang rumahla, suami lama tak call la. Suami tak hirau adik beradiklah. So childish. Hingga pihak sana membabitkan keluarga saya dengan mengatakan suami melebihkan family saya sedangkan rumah parent saya kebetulan dekat dengan kami.

Dan parent saya juga banyak bantu dari awal kahwin sampai Alhamdulilah kami dah senang. Dulu kahwin pun hantaran tiada langsung. Sebab time tu suami enjoy takde saving tapi pihak kami tidak mahu kami berkawan berdating. Selepas 3bulan terus nikah. Alhamdulilah parent saya memahami sangat dan mempermudahkan cara.

Jadi suami saya ni sangat appreciate family saya. Tapi tak bermakna dia melupakan family dia. Sebulan sekali pasti balik dan kerap call pihak sana. Saya juga sering ingatkan.

Berbalik pada cerita tadi, akhirnya suatu hari saya ‘terjawab’ pada pihak sana sebab dah tak tahan. Time tu pregnant pulak so emosi unstable memang saya jadi panas tapi saya masih control bahasa dan nada suara. Mungkin agaknya mereka terkejut sbb selama ni sy diam so mereka jadi makan dalam dan terasa hati sangat.

Saya biarkan keadaan reda sedikit dan sy nak minta maaf. Tapi jadi makin teruk sebab pihak sana terus call ipar2 dan bagitahu sambil nangis2. Dah nampak nau kjamnya aku. Ipar2 apa lagi bertubi s3rang suami dan saya. Ipar saya siap update status di FB memaluukan saya.

Psiko suami sy cakap sy ni nusyuz, suami tu dayus. Entah apa2 jela dia sesuka hati cakap. Berita terus tersebar hingga dijaja memburukkan saya pada sedara mara pihak sana. Saya macam apa ni? Benda kecil jadi besar?

Tak cukup dengan itu, bapa mertua saya akan komen memburukkan saya di fb suami saya dengan tujuan memaluukan saya. Tujuan apa lagi kan? Hingga saya ramai tertekan teramat sangat sebab ramai baca dan inform sy.

Sy memang dah block mereka semua dari FB. Hingga satu hari ayah mertua saya komen agak melampau dan suami saya delete komen tersebut. Terus dia block fb suami saya sebab dia menyampah tengok saya dan suami bahagia agaknya.

Haa jangan cakap kami upload gambar setiap hari pulak. Itu hanya profile picture. Biasalah profile fb letak gambar family. Macam2 lagi hingga akhirnya saya depression. Sy perlu melalui kaunseling dan perlu berhenti kerja. At that time, saya rasa menyesal berkahwin jika tahu begini keluarga mertua yg sy dapat.

Tapi sy sedar ini semua ujian dan sy harus kuat kerana suami sy sangat baik dan sy bersyukur dia belajar dari pengalaman lepas. Suami saya pernah berkahwin sebelum ini dan mengalami masalah sama, konflik dengan family.

Mungkin juga ketika itu keduanya darrah muda dan suami laffazkan cerrai. Dan lebih ralat, pihak sana tak habis memburukkan ex wife suami pd saya di awal perkahwinan. Saya dengar dan senyum tapi dalam hati gerun gak sampai camni korang mengata dia. Sedangkan bagi sy, past is past.

Saya rasa amat terkilan bila wujud perkara macam ni. Sy cuba untuk berbaik tapi macam tiada jalan. Mereka agak kasar dan gemar menengking selain menggunakan sentuhan fizikal. Bukan tak pernah syaa cuba datang rumah pihak sana namun jadi lebih worst.

Dah macam gaduh rumah flat. Terpekik menjerit, tarik tangan saya. Ohh berbeza sungguh dengan upbringing saya. Bukan saya nak cakap family saya bagus tapi saya tak biasa dengan keadaan begitu. Kita dibesarkan dgn suasana berbeza.

Sy cuba datang nak bincang dan selesai cara diplomasi bukan dgn cara bergaduh atau provokasi. So saya balik dan sy tekad biarlah benda ni. Walaupun bila balik kampung suami saya kena duduk hotel saya tak kisah. Asalkan bahagia. Ada yg cakap, kenapa ikut? Bagi saya, best apa jalan2 bawa anak.

So layan jela situasi macam tu. Hingga hari ini ayah mertua merajuk dgn suami dan sy bertanya, merajuk kenapa? Tak akan sebab kita bahagia dia nak marah? Dia nak kita bercerrai ke? Tak wajib pun ikut. Sedangkan suami selalu berusaha puaskan hati dia.

Dia minta 10K dari suami, sampai dia buat personal loan utk bagi. Ada mereka tahu? Saya marah juga tapi suami cakap takpelah nanti dia merajuk. Aduhai tepuk dahi saya. Dulu pun dia minta 15K. Kebetulan kami nak beli rumah, terus tergangguh sebab nak bagi ayah mertua. Banyak lagi yg suami cuba buat.

Cuma satu, suami cakap tak mungkin dia nak cerraikan saya tanpa sebab hanya sebab family dia tak suka. So tak apalah dia tetap jalankan tanggungjawab dia.

Moralnya disini, perkahwinan is unpredictable. Untuk ayah ibu, tolonglah jangan beri tekanan pada anak menantu. Mereka tidak perfect. Selagi mereka masih jalankan tanggungjawab, kita harus bersyukur. Jangan dicemburui kebahagiaan mereka. Sepatutnya yang tua gembira lihat anak bahagia bukan sebaliknya.

Utk menantu wanita pandailah bawa diri namun jangan biarkan diri kita dipijak. Tidak kira tua atau muda, sama-sama saling horm4ti. Jangan expect org nak hormat kita sahaja jika kita sendiri tidak hormat orang itu. Untuk golongan ipar pula, usahlah menjadi bara api dan seronok melihat antara kamu bergaduh. Adalah lebih baik kamu damaikan bukan curahkan lagi minyak.

Harus ingat ini ujian mereka, kamu juga ada. Mungkin suami kamu pula buat hal. Ada perempuan lain ke. Bukan nak doakan, tapi jangan sesekali buat orang. Kamu sebagai anak harus tenangkan ibu bapa bukan lagi sorak dan memburukkan adik beradik dan ipar sendiri. Begitulah kisah benar pada hari ini. Nampak kolot tapi realitinya ada. Belajarlah menghorm4ti dan menjaga silaturrahim. Sekian.

– Nana via iiumc/edisimalaya

Kisah ini mendapat perhatian dr Ntizen.

Nik Evi S : Tak paham kenapa typical mertua melayu mcm gini? Sume benda nak di besarkan. Anak2 dah besar, dah kawen, biala diaorg jalani life sendiri, tak payah nk control2 and rasa anak tu still kecik. Knp nk masuk campur? Seriously this kind of mentality and behaviour should change!

Mohamad Raiszal : “Konsep “ menjadi anak menantu, walaupon kita betul tetap kita di salahkan. Walaupon org lain yg buat salah tp kita menantu perempuan ne jugak yg di salahkan. Betul kata awak, jgn biar kan dorg pijak kepala kita. Kita layan dorg dgn baik, sanggup layan karenah dorg, hormat dorg tp dorg balas apa dgn kita? Kita m4ti2 jaga perasaan dorg, tp dorg ada jaga perasaan kita? Menantu perempuan memang akan selalu di caci di umpat di keji, di buruk2kan pada org lain, Untung lah sape2 yg dpt mertua or ipar duai yg baik. Itu satu rezeki. Semoga kita menantu perempuan ne di beri kesabaran yg tinggi utk hadapi semua dugaan dgn keluarga suami. Kita ingat rmh tangga dgn suami je lah, klu tak dah lama angkat kaki.

Ai Ne : Kadang²betul jugak kiasan lama… Kahwin biarlah sekufu. Biarlah hampir sama cara pembesaran nya. Berbeza cara org yg berpendidikan dan org kurang pendidikan. Berbeza keluarga yg solat dan keluarga yg tak solat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*